Polis tahan 5 penghantar makanan disyaki pukul pelanggan

Polis tahan 5 penghantar makanan disyaki pukul pelanggan

Polis tahan 5 penghantar makanan disyaki pukul pelanggan

Polis menahan lima penghantar makanan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pukul beramai-ramai seorang lelaki yang juga pelanggan perkhidmatan makanan di Sungai Way, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata pada 2.30 petang tadi pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan yang tidak berpuas hati pelanggan tersebut menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya menerusi aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.

“Akibat daripada itu, ia telah menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan yang kemudian pergi ke rumah pelanggan tersebut dan bertindak memukulnya,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, polis turut menahan pelanggan berusia 29 tahun dan lima penghantar makanan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun, serta mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti agama orang lain dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang. FMT

Polis tahan 5 penghantar makanan disyaki pukul pelanggan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelanggan pukul kepala penghantar makanan dengan tukul besi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker