Silterra Syarikat Semikonduktor terbesar akan menjadi milik syarikat Asing – Najib
Silterra Syarikat Semikonduktor terbesar akan menjadi milik syarikat Asing- Najib
Saya percaya syarikat Semikonduktor terbesar yang dulunya milik Negara akan menjadi majoriti milik syarikat asing tak lama lagi.
Sejak bulan September lalu, saya telah beberapa kali saran Kerajaan PN untuk jangan jual Silterra yang telah dipulihkan keuntungan sejak beberapa tahun sebelum PRU14.
Tapi akhirnya dijual 100% juga pada bulan Februari kepada konsortium 60% milik Malaysia Dnex dan 40% milik China.
Dengan harga Silterra amat murah pula sebanyak RM276 juta saja.
Sedangkan keuntungan Silterra sudah dipulihkan keuntungan, kos pelaburan masa PM4 untuk bina Silterra tak kurang RM5 bilion, kos untuk membina kilang yang sama (replacement value) sekurang-kurangnya US$1 bilion dan industri elektroik seluruh dunia sekarang mencanak naik akibat pandemik.
Selepas dihadiahkan durian runtuh ini, harga saham DNEX naik lebih 4 kali ganda dari sekitar 20sen ke 90sen.
Ini bermakna nilai syarikat DNEX naik sekitar RM1.7 bilion akibat membeli 60% kepentingan Silterra atau nilai diberi pasaran bagi 100% Silterra sekitar RM2.83 bilion.
Nilai RM2.83 bilion tapi dijual Khazanah dengan RM273 juta.
Sekiranya Khazanah nak jual sebahagian Silterra untuk memberi peluang kepada pihak swasta pun, tak perlulah jual 100%. Boleh jual 51% ke, 60% ke dan balance disimpan.
Akibat langkah yang tidak bijak kerajaan, negara sudah rugi RM2.5 bilion begitu sahaja.
Paling membimbangkan ialah syarikat Hon Hai dari Taiwan (atau lebih dikenali sebagai Foxconn iaitu contract manufacturer terkenal bagi Apple) baru membeli 5% kepentingan dalam Dnex dengan harga 90 sen satu saham – iaitu 4.5 kali ganda lebih tinggi berbanding harga sebelum Dnex dijual Silterra cuma 5 bulan lalu.
Dikatakan mereka tiada minat dalam bisness Dnex tetapi hanya minat pada Silterra.
Ini bermakna lambat laun Silterra bakal jadi milik asing dan Malaysia tiada lagi syarikat semikonduktor milik tempatan.
Yang pelik pula ialah Dnex sebenarnya pembida paling rendah manakala syarikat Foxconn adalah pembida paling tinggi semasa Khazanah ingin jual Silterra.
Maka ini kes seolah-olah pembida paling rendah yang menang jual kembali dengan harga 4.5 kali ganda kepada pembida paling tinggi yang kalah cuma 5 bulan kemudian. “11 June 2021: Hon Hai buys 5% stake in DNeX — what’s next?”
Satu durian runtuh yang berbuah amat laju.
“It is worth noting that DNeX’s offer is the lowest among the four initial bidders, including a US$150 million bid by Hon Hai Precision Industry Co Ltd (Foxconn) and another by German-based X-Fab Silicon Foundries. It was reported, however, that DNeX and its Chinese partner would inject almost RM500 million into SilTerra should they succeed in their bid.”
Sehingga hari ini, kerajaan PN masih tak menjelaskan kepada Rakyat tentang penjualan aset negara yang sangat strategik yang dibuat semasa negara dalam darurat ini.
Kerajaan PN faham ini masa darurat dan parlimen tidak buka. Sebab itu, mereka langsung tak mahu layan walaupun yang dijualnya adalah aset negara yang strategik bagi masa depan negara.
—
NOTA pada Jkom: Jangan dibandingkan ini dengan pembelian 49% dalam Proton oleh Geely sebab:
1) Silterra untung tapi Proton rugi besar masa itu.
2) Silterra dijual 100% oleh Khazanah Nasional milik penuh kerajaan. Proton pula dijual 49% oleh syarikat swasta DRB Hicom – bukan dijual kerajaan.
3) Penjualan 49% kepada Geely oleh DRB Hicom bukan dijual dengan harga jauh di bawah harga yang sepatutnya seperti dalam kes Silterra.
4) Dulu Mahathir menipu seluruh Rakyat bahawa Najib sudah jual anaknya Proton tapi semalam Mahathir pula masih amat bangga dengan Proton X70 (sebenarnya design penuh Geely) yang membawanya ke Istana Negara sedangkan anaknya tidak pernah dibeli balik dari Geely oleh Mahathir ketika dia PM.
FB: Najib Razak
Silterra Syarikat Semikonduktor terbesar akan menjadi milik syarikat Asing- Najib
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.