Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
Biarpun gambar tersebut sudah lama, ramai yang memuat naik gambar itu semula dan mengaitkannya dengan situasi terkini di mana gaji para menteri dibekukan selama 3 bulan bagi membiayai perbelanjaan COVID-19.
LIHAT VIDEO DI ARTIKEL.
Menteri tunjuk makan Maggi kosong?
Diva AA pun tayang ‘Maggi’ TAPI penuh lauk..
VIDEO DIBAWAH:-
Tidak ketinggalan juga, adik kepada Azmin Ali iaitu pengacara terkenal Azmin Ali atau Diva AA turut berkongsi video memperlihatkan dirinya sedang makan mi segera namun dengan tambahan aneka lauk.
Ada ayam seketul, ada udang dan macam-macam lagi lah!
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kata-kata pengacara itu, seakan ‘memerli’ tindakan segelintir ahli politik yang berasa diri berada dalam kesusahan setelah dipotong gaji selama 3 bulan.
“Jangan jadi bangsat2 attention seekers, 3 bulan kena ‘freeze’ gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong,” katanya.
Jadi, netizen mendakwa video Diva AA itu sebenarnya ditujukan kepada abangnya yang juga merupakan Ketua Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pengacara yang turut dikenali ramai dengan julukan ‘mulut laser’ terbabit.
Ada juga yang berseloroh mengatakan hanya adik beradik sahaja boleh menegur atau memerli satu sama lain.
Kan dah mendapat
Dia je boleh menganjing abang dia
Gaji tinggi banyk duit, tiba2 makan Maggi kosong
Potong gaji tapi dapat elaun tau
Maggi pun jadi bahan
Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
Baca Artikel Menarik :
- Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya
- Tak sangka Yah Kuchai popular
- Sharifah Amani Isu Jodoh: ‘Takyah Jadi Bodoh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai.
- Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap
- Resepi Kuih Talam Suji Coklat
- Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU NET