Penubuhan Mageran dan Talian Hayat Muhyiddin

Semalam selesai “pusingan pertama” pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin politik utama di negara ini.

Kecuali dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang memang menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah setiap Rabu sebelum mesyuarat Kabinet, pertemuan lain melibatkan pemimpin pembangkang.

Mereka termasuklah pemimpin utama PH – Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mereka menghadap Agong secara berasingan dan masing-masing selama kira-kira sejam.

Tidak banyak yang diperkatakan mereka tentang pertemuan itu ketika ditemui media semasa meninggalkan Istana Negara.

Naratif kepada orang awam adalah ringkas: Perbincangan berkaitan usaha melawan wabak Covid-19, menamatkan darurat dan menyambung semula Parlimen.

Ia tidak janggal memandangkan pembangkang berulang kali membangkitkan isu ini sejak proklamasi darurat pada 11 Januari lalu.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Tetapi hal jelas yang tidak diperkatakan adalah: Apakah strategi pembangkang berhubung kerajaan Perikatan Nasional (PN) – yang mereka sifatkan sebagai tidak sah sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 – dan sejak itu gagal ditewaskan mereka.

Ketika menemui pemberita usai menghadap Yang di-Pertuan Agong, pemberita bertanya tentang isu kemungkinan pembentukan kerajaan baru. Namun Anwar hanya menjawab perkara itu tidak dibincangkan.

 

Reaksi PN

Bagaimanapun pemimpin PN memberikan reaksi yang tegas berhubung perkara itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggesa usaha kumpulan yang disifatkannya sebagai “ingin menebuk kapal dari bawah” perlu dihalang.

Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin, Marzuki Mohamad juga mengeluarkan kenyataan tegas.

Dalam rakaman berdurasi sembilan minit, dia menyuarakan bantahan terhadap penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) – sama seperti majlis yang memimpin negara pada 1969 hingga 1971 susulan tragedi 13 Mei.

“Ada yang mencadangkan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Mageran yang mempunyai kuasa penuh mentadbir negara, sepertimana yang dilaksanakan semasa proklamasi darurat pada 1969 dulu.

Agong terima menghadap pemimpin politik, dengar isu semasa negara

“Keadaan yang kita hadapi pada masa ini jauh berbeza dengan situasi pada 1969. Pertamanya, kita tidak berdepan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan,” katanya.

Dia juga berkata pelbagai kementerian masih diperlukan dan penguatkuasaan darurat dengan proses demokrasi dan politik yang lebih “rancak” bukanlah sesuatu yang mustahil.

Jika Mageran mengambil alih pentadbiran negara dan mengikut model seperti pada 1969, sejumlah 70 menteri dan timbalan menteri yang ada pada masa ini mungkin dikurangkan kepada hanya sepuluh.

Kuasa akan lebih bertumpu kepadanya, melebihi apa yang dimiliki kerajaan darurat pada masa ini, dan bertentangan dengan gesaan pembangkang agar demokrasi dikembalikan. Walaupun tidak mustahil untuk tetap mengadakan sidang Parlimen, berbeza dengan ketika 1969 dan sekarang.

Satu lagi ironi adalah kerajaan PN yang sudah beberapa bulan menghalang sidang Parlimen di saat majoriti sokongan yang dipersoalkan, kini bercakap tentang demokrasi yang lebih rancak.

Apa yang dibincangkan di dalam Istana Negara semalam tidak akan diketahui umum kecuali pemimpin yang terlibat mendedahkannya. Bagaimanapun pertemuan ini telah pun menggelisahkan kerajaan.

Istana Negara umum adakan perbincangan khas Raja-Raja Melayu

Cadangan berkenaan Mageran

Bantahan Marzuki terhadap Mageran sedikit sebanyak membayangkan apa peristiwa yang berlaku beberapa hari ini.

Idea ini telah dibangkitkan sejumlah blog sejak akhir Mei dan semakin dibincangkan apabila ia disuarakan ahli ekonomi Muhammed Abdul Khalid – bekas penasihat ketika pentadbiran PH.

Ketika itu, ia belum menjadi sebahagian daripada naratif di arus perdana.

Muhammed berkata perlunya satu pasukan baru yang “berani, bijak dan patriotik” untuk mentadbir negara di tengah-tengah wabak Covid-19, yang kian memburuk di tengah-tengah penguatkuasaan darurat.

Dia berkata, Mageran dengan 10 ahli dan hanya dua jawatankuasa – Jawatankuasa Ekonomi dan Majlis Perundingan Nasional (MPN) – dapat membawa negara keluar daripada waktu-waktu paling sukar dan menghidupkan semula ekonomi.

“Ahli panel yang dilantik terdiri daripada penjawat awam, profesional sektor korporat, ahli akademik, agamawan dari pelbagai agama, wartawan, wakil majikan dan pekerja, dan wakil parti politik.

“Ia berbeza dengan pasukan sekarang yang mengamalkan sikap terpencil dan berselindung dengan kurang berunding bersama pimpinan masyarakat dan mereka yang pakar dalam menangani krisis ini,” kata bekas penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ada satu perbezaan utama dalam cadangannya berbanding model 1969 – Parlimen dibenarkan bersidang untuk memainkan peranan semak dan imbang.

 

Perbincangan Anwar – Mahathir

Satu lagi perkembangan utama sebelum pertemuan semalam adalah Mahathir ada berhubung dengan Anwar.

Perbualan mereka menerusi telefon pada 28 Mei disahkan timbalan presiden (penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Marzuki Yahya, menurut laporan Sin Chew Daily. Marzuki bagaimanapun tidak terlalu mengheboh-hebohkan tentang sebarang kerjasama politik.

Menurut laporan itu, perbincangan itu, yang dimulakan oleh Anwar, didedahkan oleh pihak dalam PKR.

Pihak tersebut juga membangkitkan cadangan penubuhan Mageran. Perbualan tersebut didedahkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 29 Mei namun isi perbincangan tidak didedahkan.

Anwar tiba di Istana Negara menghadap Agong

Mahathir akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Warisan dan Umno juga dijangka menghadap hari ini.

Pertemuan terakhir dijangka pada 14 Jun melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi telesidang.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu.

Dengan darurat dijadual tamat pada Ogos, Yang di-Pertuan Agong mempunyai masa secukupnya untuk menimbang pilihan yang ada.

Masih belum jelas blok politik mana yang akan mendapat kelebihan jika cadangan Mageran diguna pakai. Apa yang pasti adalah hal seumpama itu akan meningkatkan ketidaktentuan terhadap nasib Muhyiddin.

Perlu dinyatakan yang melalui Mageranlah Tunku Abdul Rahman tersingkir daripada jawatan perdana menteri.

Ketika Mageran ditubuhkan pada 1969, timbalannya Abdul Razak Hussein yang dilantik sebagai pengerusinya.

Jika Muhyiddin dapat mengekalkan kuasa, ia akan memberi kelebihan kepadanya dalam PRU akan datang. Penubuhan Mageran akan merosakkan rancangan itu.

Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?

Penubuhan Mageran dan Talian Hayat Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker