Keputusan SPM : Seluruh dunia mahu belajar dari Malaysia – Dr Anuar Ahmad


Keputusan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bertambah baik daripada 4.86 pada tahun 2019 kepada 4.80 pada tahun lalu menimbulkan persoalan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, prestasi itu bermakna dalam keadaan pendidikan dalam persekitaran pandemik sejak Mac 2020, prestasi akademik murid-murid tetap meningkat.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan besar kerana semua tahu sesi persekolahan telah ditutup selama 110 hari sepanjang 2020, pelaksanaan PdPR 1.0 juga dalam keadaan yang tidak begitu teratur.

Menurutnya, ramai guru-guru dan ibu bapa mengeluh kerana sesi pembelajaran anak-anak mereka sangat terganggu tetapi keputusan SPM 2020 telah menunjukkan sebaliknya.



”Bukan sahaja GPN SPM 2020 tidak merosot seperti yang dijangkakan, malah GPN 2020 didapati bertambah baik dan lebih menarik lagi keputusan SPM 2020 menjadi yang terbaik sejak lima tahun yang lalu.

”Nampaknya walaupun waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah berkurangan dengan banyak (110 hari), guru sendiri mengakui sukar untuk melaksanakan PdPR, para ibubapa pula mengeluh anak-anak sukar belajar di rumah, data dari keputusan SPM 2020 menunjukkan keadaan sebaliknya.

”Apakah faktor utama sehingga keadaan ini berlaku?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau percaya tentu sahaja ramai pakar pendidikan seluruh dunia mahu belajar dari kejayaan Malaysia.



”Tentu negara-negara lain ingin tahu bagaimana dalam keadaan bencana pandemik yang melanda negara, sesi persekolahan ditutup selama 110 hari tetapi prestasi akademik murid-murid masih terus meningkat malah prestasi yang lebih baik berbanding ketika negara dalam keadaan yang normal sebelumnya,” tambah beliau.

Persoalan kedua pula didapati GPN SPM 2020 bagi murid-murid luar bandar telah menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih tinggi berbanding GPN murid-murid bandar.

Data menunjukkan GPN pencapaian pelajar luar bandar meningkat sebanyak 0.08 bila dibandingkan antara tahun 2019 (GPN 5.14) dan 2020 (GPN 5.06), sedangkan pelajar bandar hanya meningkat sebanyak 0.02 sahaja.

Soalnya, perbezaan angka peningkatan sebanyak 0.06 adalah besar sebenarnya dalam pengiraan GPN dan ini sangat menarik.



”Maksudnya dalam keadaan persekitaran pandemik, walaupun sekolah lama ditutup dan tiada kemudahan akses Internet dan tiada pemilikan peranti pembelajaran untuk PdPR yang meluas dalam kalangan murid-murid luar bandar, mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi yang luar biasa.

”Skor peningkatan yang jauh lebih baik dari prestasi pelajar kawasan bandar. Jelas data ini membuktikan bahawa dalam persekitaran pandemik, bencana ini seolah-olah langsung tidak mempengaruhi prestasi murid-murid luar bandar sebaliknya telah pula meningkatkan lagi prestasi mereka berbanding tahun 2019,” ujar beliau.

Anuar mendakwa, data ini sangat bertentangan dengan banyak kajian pendidikan termasuk kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-​Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mengesahkan bencana pandemik telah menyebabkan pembelajaran murid-murid berada dalam keadaan sukar.

Bukan itu sahaja, malah motivasi belajar menurun dan prestasi akademik merosot.



Tetapi Malaysia menunjukkan sebaliknya malah lebih menarik, pendidikan dalam persekitaran pandemik sepanjang tahun 2020 juga telah menyebabkan jurang pencapaian akademik antara murid-murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan dari 0.44 pada 2019 kepada hanya 0.38 pada tahun 2020.

Soal beliau lagi, beberapa mata pelajaran teras didapati berlaku peningkatan prestasi dalam SPM 2020 berbanding SPM 2019 yang mana prestasi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sejarah didapati lebih baik berbanding SPM 2019.

Ini juga bermaksud dalam keadaan kekalutan pandemik, sesi sekolah ditutup begitu lama, guru-guru pula masih tidak begitu bersedia dalam PdPR 1.0 dan PdPR 2.0, keputusan empat mata pelajaran teras yang dianggapkan sukar oleh murid-murid boleh juga meningkat.

“Apakah rahsia sistem pendidikan pendidikan Malaysia? Apakah ini mengesahkan PdPR 1.0 dan 2.0 telah berjaya? Tentu ramai pakar dan pemimpin pendidikan negara lain ingin ketahui tentang cara Malaysia laksanakan PdPR.



“Tentu ini akan menjadi success story yang besar dalam dunia pendidikan global. Bagaimana KPM telah berjaya menguruskan pendidikan negara sehinggakan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sangat kritikal dan begitu sukar, prestasi murid-murid masih boleh lebih baik berbanding murid-murid sebelumnya yang belajar dalam keadaan normal,” katanya. MG

Pencapaian SPM 2020 terbaik dalam tempoh 5 tahun



Related Articles

5 Comments

  1. Bagus la kalau ‘success story’ untuk negara kita tercinta. Apa masalahnya? Kecuali kalau ada masalah hati / dalaman.

    Biarpun kononnya laporan OECD dan UNICEF menyatakan “pembelajaran murid-murid berada dalam keadaan sukar”. Jangan tak tahu, antara hikmah pendamik ini adalah guru dan calon SPM lebih fokus dan melipat gandakan usaha sehingga kejayaan ini tercapai.

    Kami golongan pendidik di medan lebih mengetahui.

    1. Maaf la. Kalau laporan OECD dan UNICEF yg berdasarkan kajian tak boleh dipercayai, kata2 tuan berdasarkan kajian mana pula?
      Jgn la menegakkan benang yg basah Dan stok sendiri. Berapa ramai guru veteran yg terkapai-kapai dgn pengajaran melalui ICT. Berapa ramai juga murid yg tiada gajet atau data utk mengikuti pdpr. Jika ada guru yg lbh berfokus pun, bbrp ramai ibubapa di luar aana yg tertekan, terjejas pendapatan, kerisaun dgn pandemik ini. Ini semua mmg sgt mempengaruhi murid juga. Penjagaan SOP bila sekolah dibuka Julai thn lps juga membeban tanggungjawab dan beban guru. Semua ini jelas menjejas suasana pembelajaran. Jika prestasi 2020 mendekati prestasi tahun2 lps, itu sudah mengkagumkan. Tapi kalau semua aspek lebih baik dari tahun2 sebwlumnya, memang sesuatu yg memusykilkan. Biar la Telus Dan jujur jika ini ialah pendidikan. Agar anak2 di masa depan turut jujur dan telus.
      Negara kita dah cukup malu dgn skandal politik 1MDB baru saja. Tak usah la cipta sejarah baru yang memalukan sekali lagi hingga seluruh dunia seeing kenali negara kita dgn ‘Malaysia boleh’ dlm konteks yg memalukan.

  2. Apa yg hendak dibanggakan. Kelewatan pepereksaan di offset dgn kurangnya sessi pelajaran. Peningkatan tak significant. On related subject sila nyatakan passing mark untuk setiap subject. Saya difahamkan passing mark sangat rendah. Betul ke?

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker