Mahathir dan Shafee pula masuk mengadap Agong

Beberapa lagi pemimpin parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Semalam, Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin – pertemuan mingguan sebelum mesyuarat Kabinet – sebelum kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Difahamkan, antara isu yang menjadi topik perbincangan dalam pertemuan itu penularan wabak Covid-19 dan tempoh pelaksanaan darurat.



Pagi tadi Timbalan Presiden PAS disusuli dengan Presiden MCA selesai mengadap YDPA

Keputusan SPM : Seluruh dunia mahu belajar dari Malaysia – Dr Anuar Ahmad

Mahathir dan Shafee pula dijadualkan mengadap YDPA pada petang ini.



Sebelum ini, Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Mahathir dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.

Pengesahan Pejuang itu hadir selepas kedengaran desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.

Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?



Agong terima menghadap pemimpin politik, dengar isu semasa negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker