Penunggang motosikal maut selepas bahan letupan meledak


SIBU: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas sejenis bahan letupan yang dibawa mereka meletup dalam kejadian berhampiran rumah panjang di Jalan Sungai Pidi, Meradong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong Sekam Anoi berkata, Lawrence Lujang, 23, mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya yang dikenali sebagai Ching Lamba, 53, cedera parah di kaki serta paha dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 6.24 petang memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di jalan yang menuju ke rumah panjang Mandau di Bakong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki itu membawa bahan letupan buatan sendiri yang dipercayai untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan berkenaan.

“Polis memandang serius perbuatan ini yang bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga orang ramai,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957. Bernama

Lima kenderaan rosak akibat letupan di Kampung Sireh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker