Ingat artis hanya buat kerja haram, maksiat ke – Ameng



Sebaran :

Ingat artis hanya buat kerja haram, maksiat ke - Ameng

Ingat artis hanya buat kerja haram, maksiat ke – Ameng

“Pendapat setiap orang berbeza-beza. Mungkin ada segelintir pihak melihat orang lain lebih memerlukan berbanding penggiat seni,”.

Demikian kata penyanyi, Ameng mengulas kenyataan seorang individu bergelar ustaz yang mencetuskan kontroversi hangat dalam kalangan penggiat seni baru-baru ini.



Ia berikutan tindakan individu terbabit yang mempertikaikan langkah kerajaan memperuntukkan Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk program Hiburan Dari Rumah tahun ini berjumlah RM6 juta kepada 960 penggiat muzik.

Ameng berkata, ada di antara golongan artis sememangnya tertekan tetapi tidaklah sehingga jatuh miskin seperti asnaf dan gelandangan.

“Mungkin individu ini fokus pada golongan terbabit. Kalau dilihat antara artis dan asnaf, memang patut mereka dibantu.



“Kalau dinilai, memang betul cakapnya itu, tapi artis pun antara yang terkesan dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.

“Peluang untuk cari makan agak tipis kerana artis memerlukan khalayak yang ramai bila bekerja. Kesannya memang terasa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, artis adalah ‘public figure’ kepada masyarakat, namun agak memeritkan apabila mereka sering dipinggirkan serta menjadi orang terakhir diberi kelonggaran mencari rezeki.

“Kalau orang atau golongan lain, awal-awal lagi diberi peluang untuk bekerja. Sesetengah masyarakat pandang artis seperti kerjaya yang tak elok.



“Mungkin dia fikir golongan artis terbabit dengan kerja maksiat dan haram. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Namun saya nak jelaskan tak semua yang bergelar artis buat kerja tak elok,” katanya.

Ameng berkata, artis juga memainkan peranan penting dalam aspek ekonomi negara.

“Nak jual produk atau kempen semua gunakan artis. Mereka boleh menarik masyarakat untuk pelbagai perkara.



“Mungkin segelintir orang samakan artis kita dengan artis barat. Mereka rasa rugi kalau artis dibantu. Sedangkan peranan artis amat besar kepada masyarakat. Lagipun hidup kita memerlukan hiburan dan perkara ini tidak boleh dinafikan,” katanya.

Bercerita aktiviti seni, Ameng kini menyanyi menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.

“Boleh dikatakan banyak juga aktiviti yang saya buat di Facebook. Saya juga terbabit dengan program Quran Time.



“Pada 12 Jun ini saya akan terbabit dalam program Al-Quran bersama TFT iaitu Ustaz Tarmizi, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tirmizi,” katanya. K Online

Ingat artis hanya buat kerja haram, maksiat ke – Ameng


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Ameng Terdesak, Kini Buat ‘Show Virtual’ RM1 Melalui AVOL


Sebaran :


Leave a Reply