Jodoh: Dr. Amalina bidas Dr. Muhaya

Jodoh: Dr. Amalina bidas Dr. MuhayaJodoh: Dr. Amalina bidas Dr. Muhaya

Pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri membidas pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad kerana menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” jika mahu cepat dapat jodoh.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Eropah di London pada 31 Mac lalu menegaskan lebih sanggup tidak berkahwin jika kebodohannya yang menjadi daya tarikan lelaki.

“Saya minta maaf, tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di hadapan lelaki supaya dapat bertemu jodoh.



“Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual supaya dapat menarik perhatian lelaki,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi Twitter hari ini.

Muhaya menjadi perhatian ramai apabila satu rakaman video perkongsiannya berkaitan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’ mengundang kritikan netizen.

Pakar motivasi itu menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” dalam mengambarkan sikap lemah lembut wanita yang disukai lelaki.

Terdahulu Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.



Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya. K Online

Jodoh: Dr. Amalina bidas Dr. Muhaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Dikritik Dr Amalina dan ramai, netizen bangkit pertahankan Dr Muhaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker