Warga emas bunuh anak, menantu kerana homoseksual


TEHERAN, Iran – Sepasang suami isteri warga emas di Iran mengaku telah membunuh dua orang anak dan seorang menantu mereka dalam kes pembunuhan demi menjaga maruah keluarga, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Akbar dan isterinya, Iran Khorramdin yang masing-masing berusia 81 dan 74 tahun, ditahan polis tiga minggu lalu selepas dituduh membunuh anak lelaki mereka, Babak. Kedua-duanya dituduh memberikan ubat tidur supaya Babak tidak sedarkan diri sebelum menikam dan mengerat anggota badan mangsa.

Ketika dalam tahanan polis, pasangan itu mengaku membunuh Babak kerana dia belum berkahwin dan dianggap homoseksual oleh ibu bapanya.

Akbar dan Iran juga memberitahu telah membunuh menantunya, Faramarz dan anak perempuannya Arezou beberapa tahun lalu kerana mendakwa tingkah laku mereka tidak bermoral, lapor media Iran.

Faramarz dibunuh kerana melakukan penderaan ke atas keluarganya, manakala Arezou dihukum kerana terlibat dengan dadah dan membawa teman lelaki pulang ke rumah.

“Saya tidak rasa bersalah atas pembunuhan yang dilakukan. Mereka yang dibunuh itu mempunyai moral yang korup,” kata Akbar semasa penampilan awal di mahkamah.

Isterinya, Iran yang turut terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu berkata, komplot pembunuhan itu dirancang oleh mereka berdua.

“Suami mencadangkannya dan saya berkata baik, mari lakukannya.

“Saya langsung tidak berasa sedih dengan kematian itu kerana mereka banyak membuatkan saya menderita,” katanya.

Kes tersebut ni masih dalam siasatan lanjut polis, demikian menurut laman berita tempatan, Tasnim.

Pasangan ini berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun kerana membunuh anak-anak mereka di bawah undang-undang Iran yang memberikan hukuman lebih ringan kepada ibu bapa yang membunuh anak mereka.

Namun begitu, pasangan itu berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah membunuh menantu mereka. Agensi

Bunuh anak, ‘Laki Bini’ dihukum gantung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker