Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar


Muhyiddin mula-mula tiba menghadap Agong

Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin politik pertama yang memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Perdana Menteri memasuki pekarangan istana dengan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam pada 7.50 pagi tadi.

Namun untuk rekod pada keadaan biasa memang menjadi kelaziman untuk Muhyiddin selaku perdana menteri akan menghadap Agong sebelum presiden Bersatu itu mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada setiap Rabu.

Namun kemunculan Muhyiddin pada hari ini menarik perhatian ramai kerana Al-Sultan Abdullah dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara secara bergilir-gilir mulai hari ini.

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke mengesahkan pemimpin parti itu akan menghadap Agong petang ini.

Katanya DAP akan diwakili Lim Guan Eng selaku setiausaha agung parti.

“Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada petang 9 Jun di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang lagi pemimpin parti politik yang akan diterima menghadap Al-Sultan Abdullah ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun sumber yang bercakap dengan Malaysiakini enggan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut. Difahamkan pertemuan berkenaan akan berlangsung pada pagi ini.

Menurut sumber itu, antara isu yang akan dibincangkan ialah situasi semasa wabak Covid-19 dan pelaksanaan darurat negara.

Setelah lebih sejam berada dalam Istana Negara Muhyiddin dilihat meninggalkan pekarangan menaiki kenderaan rasmi serta pengiring pada jam 8.56 pagi melalui pintu satu.

Pemimpin parti politik lain pula dijangka memasuki Istana Negara melalui pintu dua selepas ini. Mk

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Anwar menghadap Agong pagi ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker