Malang bila ada pembangunan, jati diri makin hilang entah ke mana

Malang bila ada pembangunan, jati diri makin hilang entah ke mana

Jangan sampai kita dikutuk oleh generasi akan datang

Tidak ada ertinya pembangunan jika didirikan tanpa jati diri agama, bangsa dan negara.

Menyifatkan perkara itu sesuatu yang malang, pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, apabila berlaku pembangunan, jati diri ini semakin hilang entah ke mana.



Lebih menyedihkan apabila ia melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memberi kelulusan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut tidak memberikan nama-nama yang ada jati diri.

“Usahlah ditanya syarikat-syarikat swasta ultra kiasu, jangan haraplah langsung nama-nama dalam bahasa Melayu akan digunakan

“… kerana memang dalam perancangan untuk menghilangkan semua jati diri itu,” katanya dalam kenyataan disiarkan Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini belum termasuk lagi, papan tanda, nama kedai, banner, bunting dan apa jua risalah awam yang digantung dan disebarkan di merata tempat dengan kelulusan PBT.



 

Muhyiddin tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

“Bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Ada yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Mahu kata apa lagi.



“Yang mencadangkan nama projek adalah syarikat berkaitan, yang meluluskan adalah PBT. Jati diri ini semakin hilang,” katanya.

Beliau mengetengahkan hidup akan lebih bermakna sekiranya dapat memberikan sesuatu dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara, terutama dalam menjaga semua jati diri ini, selain menolak segala bentuk rasuah yang boleh menghancurkan jati diri negara.

“Tidak ada ertinya bangunan didirikan ratusan tingkat. Begitu juga tidak ada ertinya pembangunan, jika tanpa jati diri agama, bangsa dan negara.

“Jangan sampai kita dikutuk oleh generasi akan datang, hanya kerana kelalaian kita yang disengajakan demi mendapat habuan dunia. Pastikan kita manusia berbeza dengan kera dan babi,” katanya.



Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Malang bila ada pembangunan, jati diri makin hilang entah ke mana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker