Defisit perdagangan perkhidmatan meningkat RM47.4 bilion, tertinggi pernah direkodkan

Defisit perdagangan perkhidmatan meningkat RM47.4 bilion, tertinggi pernah direkodkan

Defisit perdagangan perkhidmatan meningkat RM47.4 bilion, tertinggi pernah direkodkan

Defisit perdagangan perkhidmatan negara mencatatkan peningkatan kepada RM47.4 biliontertinggi pernah direkodkan, sekali gus merupakan angka tertinggi yang pernah direkodkan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Mohd Uzir Mahidin berkata, perdagangan perkhidmatan yang berjumlah RM232.7 bilion menyumbang kepada 16.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020.



“Defisit tertinggi dalam perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang membawa cabaran besar dalam aktiviti ekonomi global dan impaknya adalah lebih buruk berbanding wabak SARS pada 2003.

“Eksport perkhidmatan mencatatkan RM92.6 bilion berbanding RM170.2 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan kesan dalam komponen perkhidmatan utama, iaitu perjalanan dan pengangkutan,” menurut beliau dipetik daripada Statistik Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (SITS) 2020.

Dalam pada itu Uzir berkata import perkhidmatan menurun kepada RM140.1 bilion berbanding RM181.1 bilion pada 2019, penurunan yang lebih perlahan berbanding eksport perkhidmatan.

“Perkhidmatan perniagaan lain menjadi pemangkin eksport perkhidmatan dengan RM27.1 bilion pada 2020. Bagaimanapun eksport menurun sebanyak 7.6% daripada tahun sebelumnya disebabkan kawalan pergerakan di kebanyakan negara yang mempengaruhi perkhidmatan berkaitan teknikal dan perdagangan,” katanya.



Beliau berkata, Malaysia yang sangat bergantung kepada aktiviti pelancongan selama ini kini membuat semakin banyak penyesuaian dalam pasaran yang lebih canggih, terutamanya berkaitan transformasi digital.

“Perniagaan bersedia untuk tetap bertahan dan berdaya saing dengan mengadaptasi strategi baharu yang sesuai dengan norma baharu setelah melalui tempoh yang paling sukar pada tahun lalu.

“Berdasarkan prospek ekonomi 2021, perdagangan perkhidmatan Malaysia dijangka mengalami defisit RM30.9 bilion dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dirancang teliti dengan mempertimbangkan penurunan risiko Covid-19,” katanya. FMT

Defisit perdagangan perkhidmatan meningkat RM47.4 bilion, tertinggi pernah direkodkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


2 perkara untuk selesaikan krisis negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker