Daftar sahaja PLKN – Alif Satar

Daftar sahaja PLKN – Alif Satar

Artis versatil, Alif Satar berpendapat ada baiknya jika beliau berusia hingga 35 tahun dibenar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Alif juga juga bekas Ikon PLK dan pernah menyertai program itu ketika berusia 18 tahun, mengaku PLKN bermanfaat memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia.



“Namun, tidak perlu rasanya jadikan usia 35 tahun sertai PLKN sebagai isu kerana ia boleh menyebabkan program ini dipandang negatif.

“Saya lihat sekarang mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an, ramai yang tidak ‘fit’ (cergas).

“Dengan adanya PLKN, ia mampu membantu mereka menjalani hidup yang lebih sihat dan berdisiplin,” katanya pada sidang media drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, semalam.

Drama yang mengisi slot Akasia itu menyaksikan Alif berganding dengan Wanna Ali.



Tambah Alif yang juga bekas pengacara Muzik-Muzik ini, PLKN bukan sahaja diperkenalkan untuk memperkasa diri, malah, medan mengumpul ramai kenalan dari seluruh negara.

“Mereka yang baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hendak mengenal dunia, program ini amat sesuai untuk anda.

“Di situlah saya berjumpa ramai peserta dari pelbagai latar belakang yang akhirnya kekal menjadi sahabat hingga hari ini.

“Jika saya ke Sabah, misalnya, mereka ingat saya dan bagi buah tangan,” katanya.



Alif menggalakkan individu berkelayakan supaya tidak melepaskan peluang menyertai PLKN.

“Apabila pendaftaran dibuka, tidak perlu fikir panjang… Daftar sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, kecoh dalam media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Baru-baru ini, dilaporkan pelaksanaan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan membabitkan dua fasa.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

Mohamad dilaporkan berkata, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada. BH

Daftar sahaja PLKN – Alif Satar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker