Migran disembur Dettol, aktivis ingatkan cara layanan pada rakyat Palestin

Migran disembur Dettol, aktivis ingatkan cara layanan pada rakyat Palestin

Migran disembur Dettol, aktivis ingatkan cara layanan pada rakyat Palestin

Serbuan dimulakan. Dua malam lalu seramai 156 warga asing tanpa dokumen – termasuk 12 wanita dan empat kanak-kanak – telah dikumpulkan.

Ada klip video serbuan yang tular memaparkan migran berlari, ditahan, diiring penguat kuasa dan disuruh bertinggung sebelum disembur dengan Dettol (bahan pembunuh kuman).

Mereka kemudian dibawa menuju ke van tanpa penjarak zikikal sebelum ditahan di pusat tahanan.

Itu antara catatan dikongsi aktivis kanak-kanak dan pelarian, Hartini Zainudin, dalam Facebooknya.

“Sekiranya anda fikir ini OK dan tidak ada masalah, di sini saya mengingatkan anda: ini tak OK!

“Saya tidak peduli apa yang mereka lakukan di negara lain. Demi Tuhan, kita berada di tengah wabak pandemik.

 

“Tidak ada penjara dan pusat tahanan yang cukup untuk menahan semua orang. Mengapa lakukan ini?

“Anda bersimpati dengan anak-anak pelarian Palestin di sana dan marah kerana ketakutan dan trauma yang mereka dihadapi, tetapi anda tidak peduli dengan ketakutan dan trauma yang dialami pelarian dan anak-anak pendatang di sini!” kata Hartini, yang juga pengasas Yayasan Chow Kit, sebuah yayasan yang mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak yang berisiko.

 

Semalam, Hartini adalah antara enam aktivis dan 20 NGO yang meminta Yang di-Pertuan Agong campur tangan untuk menghentikan tindakan berterusan terhadap pekerja migran ketika negara sedang menyasarkan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

Dia juga mengingatkan tindakan ke atas imigran tanpa dokumen termasuk kanak-kanak pada 2008 yang lebih kurang sama, kecuali ketika itu negara tidak berdepan dengan pandemik.

Semalam beberapa pakar kesihatan awam turut mengecam pihak berkuasa kerana menyembur bahan pembasmi kuman ke atas pendatang tanpa izin yang diberkas pada malam Ahad lalu.

Ini berlaku selepas pihak berkuasa didakwa menyembur pembasmi kuman Dettol selepas operasi berkenaan dijalankan di Cyberjaya.

Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan

Migran disembur Dettol, aktivis ingatkan cara layanan pada rakyat Palestin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Seri Muka Durian Lembut Bergedik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker