Calon SPM luar bandar tertekan PdPR dalam keadaan capaian internet lemah

Calon SPM luar bandar tertekan PdPR dalam keadaan capaian internet lemah

Calon SPM luar bandar tertekan PdPR dalam keadaan capaian internet lemah

KENINGAU: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki tahun hadapan menjadi cabaran berat buat pelajar luar bandar Atiqah Nurqistina Jamain, 17, yang tinggal di Kampung Ranggom, di sini.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Apin-Apin itu berhadapan masalah untuk memahami ilmu disampaikan guru melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bukan disebabkan malas, tetapi capaian internet di kampungnya agak lemah, sekali gus mengganggu kelancaran pembelajaran serta tumpuannya.

Menurutnya, keadaan itu bukan hanya dilaluinya seorang diri, sebaliknya turut dialami rakan-rakan lain di kampung itu, sehingga kadang-kadang menjejaskan emosi serta motivasi mereka.

“Sebenarnya saya tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap semua subjek ketika PdPR sejak Tingkatan Empat lagi.
“Saya rasa tidak cukup masa bersemuka bersama guru untuk belajar di Tingkatan Empat tahun lalu bagi mendapatkan cara pemahaman atau konsep sebenar untuk menghadapi SPM.

“Tekanan semakin dirasai apabila masuk ke Tingkatan Lima apabila subjek menjadi semakin sukar.

“Selain itu, kekangan capaian internet di kampung ini juga menambah kesukaran.

“Selalu juga terpaksa menunggu hingga tengah malam apabila capaian internet menjadi lebih stabil untuk meneruskan pembelajaran,” katanya.

Enggan mengalah sebelum berjuang, Atiqah menggagahkan diri dengan mempelbagaikan cara untuk belajar.

“Kalau saya tidak faham saya akan cuba tanya cikgu dan jika saya masih tidak faham, saya akan belajar sendiri dengan mencari bahan pengajaran di YouTube,” katanya.

Jelasnya lagi, biarpun dilihat gigih berusaha mendapatkan maklumat tambahan, namun jauh di sudut hatinya dia bimbang akan sampai ke tahap berputus asa.

Dia berharap kerajaan memahami kekangan pelajar luar bandar sepertinya dan memberi pertimbangan atau kelonggaran untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.

“Bagi saya SPM itu adalah penentu kejayaan jadi kalau boleh saya memohon kerajaan membuat kelonggaran dari sudut penilaian peperiksaan bagi pelajar SPM yang melalui proses PdPR ini.

“Banyak halangan dan dugaan yang perlu dilalui kami di sini,” katanya dalam suara yang sebak. Awani

Calon SPM luar bandar tertekan PdPR dalam keadaan capaian internet lemah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Semangat belajar 5 beradik luntur akibat capaian internet lemah, tiada gadget

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker