Geng Nicky: Polis tunggu laporan Bank Negara, kata Ayob Khan
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menunggu beberapa laporan, termasuk dari Bank Negara Malaysia dan bank lain berhubung siasatan terhadap kegiatan kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky”.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga sedang memperkemaskan kertas siasatan dan akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.
“Akan ada ‘statement’ dan laporan Bank Negara, kita sedang tunggu kerana kes ini banyak melibatkan akaun ‘personal’, syarikat. Ia akan makan masa sedikit,” katanya pada sidang media hari ini.
Setakat hari ini, katanya, belum ada tangkapan baru dan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan akan dimaklumkan.
Bulan lalu, Ayob dilaporkan berkata, permohonan habeas corpus difailkan beberapa individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA, tidak akan mengganggu siasatan pihaknya dalam kes “Geng Nicky”.
PKR persoal kenapa SOP berbeza, Kongres diarah tangguh saat akhir
“Itu hak mereka nak persoal ke, saman ke, buat habeas corpus ke. Kami (polis) jalankan siasatan ikut undang-undang yang ada,” katanya.
Pada 30 Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Hamid Bador berkata, 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan “Geng Nicky” yang dikaitkan Pengasas Winner Dynasty Group berpusat di Setiawalk Puchong, Nicky Liow Soon Hee.
Susulan itu, polis pada April lalu mendapat kelulusan notis merah Interpol untuk menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Liow dan pembantunya, Niu Zhe.
Liow, 33, menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Ops Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.
Geng Nicky: Polis tunggu laporan Bank Negara, kata Ayob Khan
Baca Artikel Menarik
- Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik
- [VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
- Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang
- Resepi bingka labu berkeju sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET
‘Diharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas’
You must be logged in to post a comment.