Jawatankuasa khas teliti konsep, pelaksanaan sidang Parlimen hibrid, kata Rais

Jawatankuasa khas teliti konsep, pelaksanaan sidang Parlimen hibrid, kata Rais
Jawatankuasa khas teliti konsep, pelaksanaan sidang Parlimen hibrid, kata Rais

Rais Yatim berkata, beberapa aspek penting sedang diteliti jawatankuasa khas, khususnya dari sudut takrif dan pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid untuk diterima pakai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim berkata, sebuah jawatankuasa khas sedang meneliti beberapa aspek penting konsep dan kaedah pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid dari pelbagai sudut dan permasalahan, termasuk mengambil kira amalan negara lain seperti United Kingdom serta Australia.

Katanya, aspek penting itu termasuk dari sudut takrif dan pelaksanaan untuk diterima pakai demi memastikan tiada pelanggaran perundangan melibatkan SOP Covid-19 yang berkuat kuasa ketika ini.

“Konsep dan prosedurnya melibatkan pelbagai implikasi, bukan sahaja perundangan, termasuk Peraturan Mesyuarat kedua-dua Dewan, tetapi juga ketentuan baharu berkaitan kelakuan serta tingkah laku ahli Parlimen sendiri, selain hal ehwal prasarana dan kelengkapan legislatif,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, jawatankuasa khas itu antara lain dianggotai Yang Dipertua dan Timbalan Dewan Negara serta Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Pentadbir Parlimen yang akan meneruskan mesyuarat susulan esok.

Staf Pejabat Mufti meninggal dunia akibat Covid-19

Katanya, jawatankuasa khas itu secara khusus mengambil kira himpitan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara dan rakyat serta mengambil berat kelangsungan suara rakyat di Parlimen yang berpaksikan pemerintahan raja berperlembagaan.

“Selain itu, jawatankuasa khas turut mengambil kira implikasi kuat kuasa pemerintahan darurat yang berdepan cabaran kewangan dan beban tugas pentadbir Parlimen serta perimbangan kemampuan mengemas kini prasarana sedia ada melibatkan komunikasi 222 kawasan Dewan Rakyat dan 70 senator di seluruh negara.



“Justeru, dengan terlaksananya projek legislatif ini, ia merupakan suatu usaha murni dan amat membina kerana dalam apa jua keadaan, Parlimen, sebagai institusi induk pemerintahan demokrasi, perlu berfungsi.”

Rais berkata, usaha itu membuktikan kepada rakyat, pihak legislatif dan eksekutif amat objektif terhadap keperluan dan tuntutan semasa, khasnya bagi mendapatkan pandangan jujur, ikhlas dan membina daripada ahli Parlimen serta senator dalam mengatasi ancaman Covid-19 yang meragut 3,378 nyawa dan jumlah jangkitan menjangkau 616,815 kes.

“Dalam menjayakan matlamat murni dan objektif ini, kuasa eksekutif dan legislatif perlu dicantumkan supaya hasilnya menyempurnakan kehendak Perlembagaan Persekutuan, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Peraturan Mesyuarat kedua-dua Majlis Dewan dan peraturan sampingan berkaitan.”

Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib



Jawatankuasa khas teliti konsep, pelaksanaan sidang Parlimen hibrid, kata Rais


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker