‘Diharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas’



Sebaran :

Sultan Sharafuddin (kanan) bersama Al-Sultan Abdullah. – Foto FB Selangor Royal Office

‘Diharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas’

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Ahad menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin.

Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook ‘Selangor Royal Office’ pada Ahad menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat walafiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan ALLAH.



Baginda berdua juga berharap agar Al-Sultan Abdullah berterusan memerintah negara dengan adil dan bijaksana berdasarkan perlembagaan negara.

“Melihat kepada situasi semasa ketika ini, Paduka Kekanda juga berharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, berlandaskan agama Islam seperti firman-firman ALLAH dalam al-Quran iaitu ayat 24, Surah As-Sajdah dan ayat 39, Surah Qaaf.

“Semoga Seri Paduka Adinda terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Malaysia dengan beroleh kemuliaan dan kesejahteraannya,” menurut hantaran itu. – Bernama



Polis berkas lelaki jual surat rentas negeri palsu

‘Diharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir


Sebaran :


Leave a Reply