Leka sambut hari jadi di pusat hiburan, 21 individu ditahan ingkar PKP

Leka sambut hari jadi di pusat hiburan, 21 individu ditahan ingkar PKP

Leka sambut hari jadi di pusat hiburan, 21 individu ditahan ingkar PKP

KOTA KINABALU: Seramai 21 individu termasuk tujuh wanita ditahan ketika sedang leka berhibur menyambut hari jadi di sebuah pusat hiburan di Kompleks Asia City, di sini.

Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam tadi.



Operasi kira-kira jam 10 malam itu hasil pemantauan Pasukan Pematuhan Khas daripada Cawangan Jenayah, Narkotik dan Jenayah Pemerdagangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika serbuan dijalankan, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat.

“Daripada luar kita dengar bunyi muzik ini, mereka sedang berhibur di salah satu bilik di pusat hiburan ini tetapi kita ada sedikit halangan untuk masuk kerana mereka telah mengunci pintu daripada dalam dan ada kemudahan CCTV.

“Tetapi kita berjaya memecah pintu dan masuk dan menangkap mereka. Hasil pemeriksaan kita dapati seramai 21 orang iaitu 14 lelaki dan tujuh wanita sedang berhibur di satu bilik di tingkat empat,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesemua mereka berusia 21 hingga 35 tahun ditahan termasuk pemilik pusat hiburan berkenaan dan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP 3.0.

“Kita telah mengambil tindakan kompaun ke atas pemilik premis kerana melanggar SOP beroperasi dalam tempoh PKP, kompaun berjumlah RM10,000, manakala 17 lagi telah dikompaun kerana melanggar SOP iaitu berada di tempat hiburan dalam tempoh PKP, denda RM1,500 setiap seorang.



“Tiga lagi warganegara asing kita telah tangkap dibawa Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya kepada awam, yang boleh dipenjara selama enam tahun atau di denda atau kedua-duaanya,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing juga mendapati empat lelaki dan empat wanita positif dadah dan mereka dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, lesen pusat hiburan ini juga telah tamat pada 2018 dan tindakan akan diambil atas kesalahan tersebut.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas kepada semua pemilik pusat hiburan di daerah ini untuk mematuhi SOP PKP 3.0 dan tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini.



Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana mana pemilik pusat hiburan yang cuba curi-curi beroperasi sebagai satu pengajaran kepada mereka.-Awani

Leka sambut hari jadi di pusat hiburan, 21 individu ditahan ingkar PKP


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pusat judi, arak dan hiburan masih beroperasi, kerajaan buat apa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker