Potong ‘anu’ majikan gatal

Potong 'anu' majikan gatalPotong ‘anu’ majikan gatal

Madrid: Seorang pelayan di sebuah bar di Barcelona, Sepanyol ditahan selepas bertindak memotong kemaluan bos yang didakwa cuba menyerangnya secara seksual.

Newsweek melaporkan, wanita itu didakwa memotong alat sulit lelaki itu ketika bekerja di sebuah bar di Sant Andreu de la Barca.

Dia mendakwa mengambil sebilah pisau dan memotong alat kelamin majikannya selepas lelaki itu cuba menyerangnya secara seksual.



Ketika itu, wanita terbabit bertugas syif tengah malam.

Berikutan kejadian itu, pelayan memanggil polis dan pegawai perubatan seterusnya membawa lelaki itu ke Hospital Universiti Bellvitge untuk pembedahan penyambungan semula alat kelaminnya.

La Sexta melaporkan, wanita itu mengatakan dia bertindak mempertahankan diri ketika kejadian itu dan mendakwa serangan itu bukan kali pertama dilakukan oleh bosnya.

Dia memberitahu polis lelaki itu juga pernah memaksanya untuk melakukan hubungan seks dengannya.



Pemilik bar itu masih berada di hospital, menurut laman berita Paudal.

Susulan kejadian, wanita itu ditahan di balai polis daerah di Martorell untuk membantu siasatan. HM

Potong ‘anu’ majikan gatal


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Penyanyi rap dituduh potong zakar rakan serumah untuk jana pulangan wang Youtube



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker