109 korban Covid-19 hari ini

109 korban Covid-19 hari ini
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 138,185 kes, manakala Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 76,688 dan 45,204 kematian.

109 korban Covid-19 hari ini, Kesihatan (KKM) merekodkan 109 kematian akibat Covid-19 hari ini, kedua tertinggi selepas 126 kes dicatatkan pada 2 Jun lalu.

Jumlah itu menjadikan angka korban kini mencecah 3,291 orang.

Kes harian pula melaporkan sebanyak 7,452, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 610,574 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,509 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan iaitu sebanyak 843 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (678), Sarawak (651) dan Johor (412).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 7,444 penularan tempatan membabitkan 6,308 warganegara dan 1,136 bukan warganegara.

Noor Hisham berkata, terdapat 88,898 kes aktif, dengan 446 daripada 886 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 6,105 dengan jumlah kumulatif sebanyak 521,676.

Mengulas lanjut, Hisham berkata, sebanyak 109 kematian melibatkan 33 kes di Selangor, Johor (22), Kuala Lumpur (12), Negeri Sembilan (9), Kelantan (6), masing masing di Kedah dan Melaka (5), Perak (4), Labuan (3).

Manakala, masing-masing dua kes di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang serta masing-masing satu di Terengganu dan Putrajaya.

“Kes kematian itu membabitkan 105 warganegara dan empat bukan warganegara,” katanya.

“Korban termuda berusia 27 tahun manakala paling tua berusia 98 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok.” FMT

109 korban Covid-19 hari ini


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


561 kematian dalam seminggu, tak sedar lagi ke – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker