Yakinlah Allah bersama kita

Pemandangan di pintu masuk Terusan Suez di Laut Merah, Mesir yang kini menjadi antara laluan sibuk bagi kapal-kapal dagang. – AFP

Ungkapan Allah bersama kita memberi kekuatan dalam hati dan semangat dalam jiwa ketika menghadapi situasi yang teramat sukar. Ia juga menjadi wasilah datangnya bantuan dari Allah SWT.

Perkataan ini pernah diungkapkan oleh Nabi Musa a.s saat dikejar oleh Firaun dan tenteranya dan oleh Nabi Muhammad SAW ketika bersembunyi di Gua Tsur daripada dikejar para pembunuh upahan.

Nabi Musa a.s diutus oleh Allah untuk menyelamatkan Bani Israel daripada kekejaman Firaun. Penindasan Firaun terhadap Bani Israel adalah kerana dendam sebab mereka berkomplot dengan kelompok yang berperang melawan Firaun.

Maka apabila Firaun berjaya merampas Mesir, Firaun menghukum Bani Israel secara kejam. Mereka diperhamba, kaum lelaki dibunuh dan kaum wanita dibiarkan hidup semata-mata untuk memenuhi syahwat dan hawa nafsu, sehingga datang nabi Musa a.s untuk menyelamatkan Bani Israel.



Akhirnya Nabi Musa a.s berjaya membawa 600,000 Bani Israel keluar dari Mesir namun diburu oleh Firaun dan bala tenteranya.

Dalam situasi yang sangat genting itu, berhadapan dengan Laut Merah tanpa ada rakit pun untuk menyeberanginya dan tentera Firaun di belakang mereka, Bani Israel sudah hampa dan putus asa.

Nabi Musa berkata: sesungguhnya “Allah bersamaku”. Lalu Allah perintahkan Nabi Musa untuk memukul lautan dengan tongkatnya dan terbelah lautan menjadi laluan bagi Bani Israel untuk menyeberanginya dan Allah menenggelamkan Firaun bersama tenteranya.

Situasi hampir sama berlaku kepada Rasulullah SAW ketika dikejar oleh kaum Quraisy yang menjanjikan upah yang tinggi bagi sesiapa yang berjaya membunuh Nabi SAW.



PDRM umum pertukaran pegawai

Baginda bersembunyi di Gua Tsur ditemani Saidina Abu Bakat r.a selama tiga hari. Di saat para pembunuh menghampiri gua tersebut, Saidina Abu Bakar menangis kerana khuatir keselamatan Rasulullah SAW terancam.

Pada saat genting ini baginda Rasulullah berkata kepada Abu Bakar: “Jangan engkau bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” lalu Allah SWT menurunkan sakinah (ketenangan) dan bantuan bala tentera-Nya sehingga baginda dan Abu Bakar terselamat.



Tidak jauh bezanya dengan situasi yang dihadapi Nabi Ibrahim a.s ketika mahu dicampakkan ke dalam api Raja Namrud. Lalu Jibril menawarkan bantuan, Nabi Ibrahim berkata kepada Jibril: “Allah Maha Mengetahui keadaan ku maka cukuplah itu dari permintaanku akan bantuanmu”. Maka Allah berfirman: Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! (al-Anbiya’: 69)

Dalam sejarah peperangan Rasulullah SAW yang amat mencabar dan sangat genting adalah peperangan Khandaq atau peperangan Ahzab. Digambarkan situasi genting itu di dalam al-Quran: Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (al- Ahzab: 10).

Namun kaum muslimin berkeyakinan bahwa Allah bersama mereka. Maka datanglah pertolongan Allah dengan sekian ramai Malaikat yang hadir dalam peperangan tersebut. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. (ali-Imran: 126).



Nabi Ayub a.s juga menderita penyakit yang kronik sehingga orang di sekelilingnya menjauhinya. Orang ramai enggan dekat kepadanya, beliau diusir dari daerahnya. Tidak ada seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. Dialah yang memenuhi segala keperluannya.

Sebagai seorang isteri, beliau sabar menemani dan melayan suaminya meskipun mengorbankan hartanya tanpa sisa. Beliau turut merasakan musibah yang menimpa suaminya. Keadaan bertukar daripada kehidupan yang mewah kepada papa kedana tidak mempunyai apa-apa dan harus menjadi pembantu orang lain yang sebelumnya berada dalam kebahagiaan, kenikmatan dan serba cukup.

Ketua polis PJ antara 71 pegawai kanan diarah bertukar

Isterinya berkata: Wahai Ayub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu. Ini diceritakan dalam firman Allah SWT: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya. (al-Anbiya’: 83).



Berasa bersama dengan Allah akan menghilangkan kegelisahan dan kebimbangan, bersama dengan Allah memberi kelapangan dada dan ketenangan. Ia juga mendatangkan kekuatan dan ketabahan, bersama dengan Allah seseorang tidak akan putus asa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka akan sifat lemah (putus asa), hendaklah kamu menjadi orang yang bijak, bila ada masalah besar yang melemahkan kamu maka katakanlah “Hasbunallah wani’mal wakil” (Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami). (Riwayat Abu Daud).

Mari kita memperbanyakkan zikir Hasbunallahu wa Ni’mal wakil dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini agar Allah menurunkan pertolongan-Nya.

* HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL HAMID, Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah



Resepi Ayam Buttermilk Sedap

Yakinlah Allah bersama kita


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker