Pemuda DAP tolak cadangan guna logo PKR untuk PRU

Sebaran :

Pemuda DAP tolak cadangan guna logo PKR untuk PRU

Pemuda DAP tolak cadangan guna logo PKR untuk PRU

Pemuda DAP (Dapsy) sebulat suara menolak cadangan Pemuda PKR (AMK) untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

“Logo pilihan Dapsy dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo PH,” kata Ketua Dapsy Howard Lee Chuan How dalam satu kenyataan tegas hari ini.

Katanya, PH bukanlah parti yang diharamkan atau dilarang penggunaan lambangnya, justeru dia mempersoalkan mengapa PH harus menggunakan logo PKR dalam PRU-15.



Baginya, cadangan Ketua AMK Akmal Nasir dalam ucapan dasar Kongres Nasional AMK tadi “membunuh kesepakatan” dan mengundang perpecahan dalam parti komponen PH.

“[…] Cadangan ini sememangnya – tanpa kira apa-apa niat di sebaliknya – adalah sesuatu yang tidak wajar serta mempunyai nada untuk mengkhianati para penyokong serta parti-parti komponen PH.

“Kami tidak boleh terima retorik ini yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung Pakatan Harapan; dan cadangan ini adalah suatu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu.


“Penggunaan PH tidak diharamkan, tidak dilarang pemakaiannya, dan masih disokong oleh para penyokong dan rakyat majmuk Malaysia.

“Mengapa barisan calon PH beriya sangat hendak menggunakan logo PKR sedangkan logo PH masih ada? Apa gunanya kekal nama dan wadah PH itu sekiranya lambang PKR pula yang diguna ganti?” tegasnya.

Konsensus dalam mesyuarat Majlis Presiden PH

Lee yang juga timbalan ketua Pemuda PH itu berkata konsensus dalam mesyuarat Majlis Presiden PH adalah cenderung kepada penggunaan lambang PH dan ia sedang diperincikan sebelum pengumuman sepakat diuar-uarkan pada waktu yang sesuai.

Dalam kongres AMK tadi, Akmal berkata, usul untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU-15 itu dibuat bagi menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.

Jika Dapsy lebih tegas memberikan maklum balas terhadap usul itu, satu lagi sayap komponen PH, Pemuda Amanah pula lebih terbuka terhadap cadangan itu.

“Walaupun kita memaklumi bahawa PH telah pun mempunyai logonya sendiri, namun sebagai sebuah gabungan yang demokratik, tiada masalah untuk PH berbincang dan mempertimbangkan cadangan AMK itu.

“Namun demikian, keputusan akhir adalah tertakluk kepada permesyuaratan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan,” kata Shazni Munir Mohd Ithnin yang merupakan Ketua Pemuda Amanah merangkap Ketua Pemuda PH ketika dihubungi Malaysiakini.

Persidangan Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 membuka tirai semalam secara dalam talian, dimulai dengan persidangan sayap Wanita (semalam), AMK (hari ini), dan sepatutnya acara kemuncaknya berlangsung esok.

Namun, setelah berlangsung dua hari, PKR diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangguhkan kongres tahunan mereka itu, meskipun hujung bulan lalu telah mendapat kebenaran untuk menganjurkannya dalam talian.

Mengulas mengenai hal itu, Shazni menzahirkan rasa setiakawan dengan rakan komponen PKR itu atas kejadian yang menimpa kongres mereka.

“Setelah Parlimen ditutup dan ada pihak memberikan jawapan lucu kononnya kesemua ahli parlimen yang telah divaksin berpotensi mewujudkan kluster baru sekiranya parlimen bersidang, adakah kongres PKR secara virtual ini akan berpotensi menyebabkan kluster baharu jangkitan secara maya pula?” soalnya. Mk

Pemuda DAP gesa Anwar mohon maaf pada rakyat dan rakan sekutu

Pemuda DAP tolak cadangan guna logo PKR untuk PRU


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!


Sebaran :

Leave a Reply