Baju Kurung ‘Mesra Vaksin’ Laku Keras Di Twitter
Baju Kurung ‘Mesra Vaksin’ Laku Keras Di Twitter
Gara-gara berkongsi rekaan baju kurung ‘mesra vaksin’ di laman Twitter seorang wanita tidak menyangka dia dihujani banyak tempahan oleh netizen.
Terdahulu, wanita dikenali sebagai @usnaku berkongsi beberapa keping gambar baju kurung yang dijahitnya untuk memudahkan ibunya mendapat suntikan vaksin.
Menerusi laman Twitternya, wanita terbabit memberitahu dia baru sahaja selesai menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya.
Baju kurung tersebut mempunyai zip pada bahagian bahu untuk memudahkan suntikan vaksin dilakukan.
“Walaupun kelihatan agak lawak tetapi ia berfungsi,” ciap wanita itu hari ini.
Ciapan terbabit telah mendapat lebih 20,000 tanda suka dan lebih 9,600 netizen membuat ciapan balas pada hantaran tersebut.
Rata-rata netizen suka dengan rekaan tersebut sehingga ada yang menyuruh wanita itu membuka tempahan kepada umum.
Pada masa sama, netizen turut menyarankan wanita itu untuk ‘paternkan’ rekaannya itu supaya ia tidak ditiru oleh orang lain seperti pesanan oleh @nahsudin.
“Cepat buat bisnes and jenama sendiri untuk rekaan macam ni sis. Nanti ramai jenama terkenal curi idea sis, bagus sangat idea baju macam ni,” ciapnya.-K! ONLINE
Baju Kurung ‘Mesra Vaksin’ Laku Keras Di Twitter
Baca Artikel Menarik
- Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh
- Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya
- Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari
- Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros
- Resepi Sotong Masak Kicap Berempah
- Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian