DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang

DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang

Harumaini Omar daripada Pejuang mempertimbangkan tindakan undang-undang susulan keputusan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengisytiharkan kerusi Batang Kali yang disandangnya kosong hari ini.

Beliau terkejut dengan keputusan itu yang tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, sebaliknya hanya mendapat tahu daripada rakan serta media sosial.



“Saya akan timbang untuk ambil tindakan undang-undang, tengok macam mana, kalau ada ruang saya inilah (tindakan susulannya), saya sendiri pun terkejut tidak diberitahu awal.

“Kalau tak boleh (melalui perundangan), saya tengok macam mana, tetapi pada saya ini teknikal saja, mungkin kalau orang itu berpihak kepadanya, dia minta buat surat, ‘backdated’ dan sebagainya.

“Ini semua perkara biasalah, (layanan) kepada pembangkang, tapi saya tiada masalah. Kalau itu takdirnya, saya reda kerana rezeki saya sampai di situ,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, Ng mengisytiharkan kerusi Batang Kali kosong berkuasa kuasa 28 Jan lalu kerana Harumaini tidak menghadiri sidang DUN Selangor selama enam bulan berturut-turut tanpa sebarang notis.



Katanya, Harumaini tidak menghadiri sidang DUN dari 23 hingga 30 Nov lalu, 1 hingga 2 Dis dan 5 hingga 6 Dis 2022.

Merujuk rekod kehadiran sidang DUN Selangor, kali terakhir beliau hadir adalah 27 Julai 2022. FMT

DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker