Analisis: Kenapa nak kalut sangat pasal Ismail Sabri-Azmin?

Analisis: Kenapa nak kalut sangat pasal Ismail Sabri-Azmin?

Analisis: Kenapa nak kalut sangat pasal Ismail Sabri-Azmin?

SEHARI dua ini heboh pasal hubungan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Segalanya bermula apabila tular gambar Ismail Sabri menutup pintu pejabatnya dengan catatan, ‘’Saya dah tutup pintu depan…’ Secara diplomasi Ismail Sabri kemudiannya menjelaskan apa maksudnya.

Namun bukan lagi rahsia terdapat percanggahan antara beliau dan Mohamed Azmin berhubung jumlah syarikat yang beroperasi semasa PKP yang kini mencecah lebih 100,000.

Semua orang faham, walaupun Ismail Sabri atau mana-mana Menteri lain tidak menyebut apa-apa tetapi mereka sebenarnya mengetahui  persoalan yang wujud dalam kalangan rakyat, apa maksudnya total lockdown kalau ribuan lagi syarikat boleh beroperasi biarpun atas nama sektor perlu. Tambahan pula dari semasa ke semasa, kluster tempat kerja semakin meningkat.

Namun begitu penulis percaya ‘kekecohan’ sesama mereka benar-benar profesional dan bukan peribadi. Masing-masing berusaha melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun ‘kekecohan’ seumpama itu tidak seharusnya berlanjutan apatah lagi berulang. Dalam keadaan kita berhadapan dengan peperangan menentang Covid-19, peranan setiap kementerian adalah amat penting.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan komitmen penuh semua menteri bagi membantu beliau menguruskan negara terutamanya dalam memerangi penularan wabak Covid-19 ini. Justeru kalau ada sikit-sikit masalah atau perbezaan selesailah dengan sebaik mungkin.

Ia memandangkan ‘musuh’ kerajaan terlalu ramai, ada antaranya termasuk dalam kalangan pemimpin tertentu yang bagaikan menjadi ‘duri dalam daging’ biarpun partinya menganggotai kerajaan.

Kelompok itu hanya menanti masa sahaja untuk ‘menyerang’ kerajaan dan jika ada suasana yang dianggap tidak harmoni dalam kalangan anggota Kabinet, sudah pasti ia akan menjadi modal untuk menyerang kerajaan.

Seperti duga maka munculnya ramai ‘batu api’ yang memperkatakan mengenai ‘perbalahan’ Ismail Sabri dan Azmin ini.

Sebenarnya tidak ada apapun antara mereka cuma perbezaan pandangan, biasalah dalam Kabinet dulu-dulu pun mesti berlaku situasi ini tetapi tidaklah sampai boleh membuat hujah dangkal ia menunjukkan kelemahan Perdana Menteri. Orang yang membuat andaian itu sebenarnya sudah tak ada modal nak ‘sekarang kerajaan’.

Justeru mereka kaitkan dengan cara kerajaan menangani pandemi Covid-19. Mereka bercakap dan berhujah seolah-olah apa sahaja yang kerajaan buat sekarang tidak betul. Sedangkan ada antara mereka memahami, masalah yang dihadapi sekarang amat rumit dan cukup mencabar.

Sepanjang pengetahuan kita, belum pernah dalam sejarah Malaysia, negara diancam satu pandemik yang cukup dahsyat.

Ini bukan cabaran kemelesetan ekonomi mahupun bencana alam apatah lagi skandal kewangan  berbilion ringgit sehingga Malaysia begitu popular seantero dunia tetapi ini cabaran melibatkan satu wabak – yang belum pernah berlaku di mana ia menyerang serentak seluruh dunia.

Ketika ini mereka yang mencari salah kerajaan terutamanya kelompok politik buntu memandangkan setiap ‘serangan’ yang dilakukan tidak dibalas dengan hujah politik oleh Perdana Menteri mahukan anggota Kabinet.

Sebaliknya setiap isu dijawab dengan fakta dan hujah yang betul bukannya mengaitkan dengan sebarang sentimen politik. Keadaan ini berbeza dengan pentadbiran-pentadbiran kerajaan terdahulu. Dulu bila ada sahaja kritikan kepada kerajaan, ia akan dibalas dengan hujah politik dengan mengaitkan soal politik kepartian.

Tetapi keadaan ini tidak berlaku sekarang. Sejak menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun lalu, boleh dikira berapa kali Muhyiddin  bercakap soal politik dan apabila ‘diserang’ amat jarang sekali Perdana Menteri membalasnya.

Bukannya beliau tidak ada hujah, tetapi beliau ada urusan lebih penting untuk diberi perhatian. Biarlah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menjawabnya. Kalau semua isu mahu dijawab oleh Perdana Menteri, sudah tentulah banyak urusan negara akan tergendala.

Dan ternyata banyak isu yang dibangkitkan termasuk oleh pembangkang mahupun parti dalam kerajaan berhubung Covid-19 dijawab dengan tenang dan profesional oleh menteri-menteri bertanggungjawab seperti Ismail Sabri, Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr.Adham Baba. Tiada dolak-dalik, kalau ada masalah, mereka akan minta maaf dan memperbaikinya.

Oleh itu apa yang berlaku antara Ismail Sabri dan Azmin tidak perlu diperbesarkan…tidak payahlah mana-mana pihak nak kalut sangat dengan melihat ia peluang terbaik untuk burukkan kerajaan sedangkan ia perkara biasa yang sudah pasti tidak sampai menjejaskan tumpuan Kabinet memerangi Covid-19.-UTV

Analisis: Kenapa nak kalut sangat pasal Ismail Sabri-Azmin?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker