‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia

‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia

‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia

BEIJING – Reaktor peleburan nuklear dikenali sebagai ‘matahari buatan’ di China dilaporkan mencipta rekod baharu dunia apabila mencatat suhu mencecah 120 juta darjah Celcius selama 100 saat, demikian menurut media pemerintah.

Proses tersebut turut mencapai suhu tertinggi 160 juta darjah Celcius atau 10 kali ganda lebih panas daripada suhu Matahari , lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Saintis-saintis China berharap uji kaji dinamakan Tokamak Eksperimen Lanjutan Superkonduktor (TIMUR) itu akan mewujudkan sumber tenaga hijau berkuasa tinggi dalam usaha Beijing mencari sumber kuasa bersih tanpa had.

Peranti canggih itu yang pertama kali dinyalakan pada Disember lalu, memecahkan rekod terdahulu dalam usaha pengekalan suhu plasma 100 juta darjah Celcius selama 100 saat.

Matlamat seterusnya adalah untuk mengekalkan kepanasan suhu konsisten selama seminggu, demikian menurut Pengarah Jabatan Fizik Universiti Sains dan Teknologi Selatan di Shenzhen, Li Miao.

“Pencapaian ini adalah satu kejayaan yang signifikan dan fokus utama sekarang adalah untuk mengawal suhu stabil bagi satu tempoh yang lama,” katanya kepada akhbar China, Global Times.

Mesin itu merupakan alat penyelidikan eksperimen pelakuran nuklear terbesar dan termaju di China, menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas.

Ia direka untuk meniru proses pelakuran nuklear yang berlaku secara semula jadi untuk memberikan tenaga bersih yang hampir tanpa batasan.

Terletak di wilayah Anhui, timur China dan siap dibina akhir tahun lalu, reaktor itu digelar ‘matahari buatan’ kerana kepanasan suhu dan tenaga yang dihasilkannya.

‘Matahari buatan’ itu berpangkalan di Institut Sains Fizikal Hefei dalam Akademi Sains China. Agensi

‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


‘Ceroboh’ ruang udara: ‘Hanya latihan penerbangan biasa’ – Kedutaan Besar China

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker