Lockdown tapi 128,150 syarikat dibenarkan beroperasi setakat ini

Lockdown tapi 128,150 syarikat dibenarkan beroperasi setakat ini

Lockdown tapi 128,150 syarikat dibenarkan beroperasi setakat ini

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali berkata setakat 7.30 pagi tadi hanya 128,150 syarikat yang melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh negara yang berdaftar dengan Intelligent Management System (CIMS) diberikan surat kebenaran operasi.

Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan keseluruhan permohonan 586,308 syarikat dengan 10.2 juta pekerja yang telah berdaftar dengan CIMS.



“Dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial adalah tidak dibenarkan kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60%,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmin berkata, sektor yang dibenarkan untuk beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKM) meliputi sektor pembuatan, pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

Dalam pada itu, Azmin menjelaskan MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya.

Katanya, Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab di atas surat kebenaran beroperasi untuk institusi kewangan dan perbankan.



Tambah beliau, MITI mengambil maklum tentang aduan beberapa pihak yang mendakwa bahawa CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan mengenai sistem CIMS 3.0 demi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sistem ini.

“MITI melalui unit penguatkuasaan bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0,” katanya. FMT

Lockdown tapi 128,150 syarikat dibenarkan beroperasi setakat ini


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker