Tular wanita bersalin dalam kereta, JKNPP lakukan siasatan dalaman

Tular wanita bersalin dalam kereta, JKNPP lakukan siasatan dalaman

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) memulakan siasatan dalaman susulan tular di media sosial mengenai seorang wanita yang melahirkan bayi dalam kereta selepas dikatakan diminta pulang oleh pihak hospital walaupun menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ma’arof Sudin dalam kenyataan berkata, siasatan bertujuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.

“Merujuk kepada kenyataan tular di media sosial berkenaan bayi dilahirkan dalam kereta selepas pesakit mendapat rawatan awal di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 27 Disember lalu, kami mengesahkan pesakit mendapat rawatan di hospital berkenaan.

“Pemeriksaan juga mendapati wanita itu mempunyai tanda-tanda kelahiran peringkat awal, dia kemudian dibenarkan pulang dengan nasihat doktor,” katanya menerusi Facebook JKNPP.

Tambahnya, JKNPP telah mengadakan perjumpaan dengan waris wanita tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“JKNPP meminta orang awam atau pesakit yang mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan agar berhubung terus dengan dengan pihak hospital berkenaan agar siasatan atau penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta gara-gara tidak sempat tiba di hospital.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, wanita berkenaan pada mulanya pergi ke sebuah hospital kerajaan di Seberang Jaya kerana sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa diminta pulang ke rumah terlebih dahulu kerana diberitahu masih belum tiba masa untuk melahirkan bayi kerana bukaan menunjukkan dua sentimeter.

Wanita itu kemudian merayu pihak hospital untuk membenarkannya dimasukkan ke wad memandangkan dia tinggal di Sungai Ara, yang agak jauh dari hospital, namun mendakwa tidak diendahkan. FMT

Tular wanita bersalin dalam kereta, JKNPP lakukan siasatan dalaman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker