Zynakal Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]



Sebaran :

Zynakal Mohon Maaf - “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]

Zynakal Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]

SELEPAS empat hari mendiamkan diri, penyanyi rap Zynakal akhirnya tampil memohon maaf atas komen yang ditinggalkan di Instagram penyanyi Yonnyboii yang dilihat seperti menyindir pakaian tradisional salah satu etnik di Sarawak.

Akui kesilapannya, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan budaya orang lain



Menurut penyanyi berusia 22 tahun, komen yang ditinggalkan itu sekadar ingin bergurau dengan rakannya dan tidak menyangka ia dikaitkan kontroversi sindiran kaum Iban oleh personaliti media sosial, Ryzal DurianKimchi

Zynakal Mohon Maaf - “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]

“Saya memang tiada niat langsung nak persendakan pakaian atau budaya orang Sarawak. Saya hanya ingin bergurau dengan Yonny tapi bukan melibatkan pakaian itu.

“Ketika itu, saya tak tahu pula isu seorang Instafamous persendakan pakaian kaum Iban tengah panas. Kebetulan bila saya tinggalkan komen itu, saya terkena tempias isu tersebut.



“Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf jika komen itu menggores hati semua pihak,” kata Zyn ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Zynakal Mohon Maaf - “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]

Zynakal dikecam netizen

Sebelum ini, Zynakal dikecam netizen selepas meninggalkan komen seperti menyindir budaya dan adat orang Sarawak pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Zynakal Mohon Maaf - “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.



Rata-rata netizen menyifatkan komen ‘Uga Uga’ yang ditulis Zyn itu sebagai sindiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada era dahulu kala lazimnya dikaitkan dengan istilah orang zaman batu.

Dalam pada itu, penyanyi Sakit ini mengakui dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan akan lebih berhati-hati dalam setiap komen yang ditinggalkan.



“Memang saya serik untuk tinggalkan komen sebegitu walaupun bukan niat nak persendakan adat atau budaya orang lain.

Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati untuk tinggalkan komen.

“Alhamdulillah, kali ini keadaan saya okay saja bila dikecam netizen,” ujarnya.

 

Menteri Pelancongan Turut Komen Kontroversi Ryzal DurianKimchi Perli Pakaian Iban



Untuk maklumat, Sebelum ini Ryzal DurianKimchi tampil membuat permohonan maaf dalam Instagramnya selepas mengakui bergurau mengenai pakaian tradisi kaum Iban yang disamakan seperti kain buruk.

Isu tersebut turut mendapat perhatian dua persatuan kebudayan dan kesenian masyarakat Iban di Sibu, Sarawak yang bertindak membuat laporan polis-mSTAR

Zynakal Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Fasal Isu Pakaian Iban Tengah Panas” [VIDEO]


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Zynakal pula perli budaya Sarawak?


Sebaran :


Leave a Reply