#Sinovac: Vaksin Sinovac Sohor Kini Trending Di Twitter

Sebaran :

 

#Sinovac: Vaksin Sinovac Sohor Kini Trending Di Twitter

Tanda pagar Sinovac menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna Twitter di negara ini dan telah diulang kicau lebih 145,000 kali sejak semalam.

Ia berikutan vaksin tersebut telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataan di laman Twitter berkata, kelulusan itu dilihat meningkatkan keyakinan terhadap pengambilan vaksin tersebut.

“Pengiktirafan global ini meningkatkan keyakinan ketika 12 juta bekalan vaksin Sinovac kita akan memastikan 18 peratus populasi negara ini mendapat manfaat daripada vaksin tersebut. Ia selamat dan berkesan,” katanya hari ini.

Tangkap layar kenyataan Khairy di laman Twitter

Segelintir pengguna Twitter berharap vaksin berkenaan turut akan diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi untuk kemudahan urusan menunaikan ibadah umrah dan haji pada masa akan datang.


“Dapatkan kelulusan untuk jemaah haji juga supaya urusan kita lebih mudah dan warga emas yakin untuk mengambilnya sebagai syarat mengerjakan haji dan umrah,” ujar seorang netizen bernama @adamapotek.

“Kalau WHO sudah luluskan, nanti Arab Saudi tentu akan luluskan juga,” balas seorang pemilik akaun bernama @roykage.

“Ambil saja (vaksin) mana yang datang,” komen seorang lagi pengguna bernama @achik_ezam. – K! ONLINE

#Sinovac: Vaksin Sinovac Sohor Kini Trending Di Twitter


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

8.2 juta vaksin Sinovac disalur untuk PICK menjelang Jun, kata Ismail


Sebaran :

Leave a Reply