MTUC Sarawak mahu ‘total lockdown’, segera vaksinkan pekerja
MTUC Sarawak mahu ‘total lockdown’, segera vaksinkan pekerja
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak dan Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) meminta kerajaan negeri menguatkuasakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial – atau sekatan pergerakan penuh (total lockdown) – seperti yang diumumkan kerajaan Persekutuan, dan berkuat kuasa esok.
Pada masa sama, kata Setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo kerajaan negeri juga perlu menyegerakan proses vaksinasi kepada pekerja perkhidmatan penting.
“Memandangkan kes Covid-19 meningkat sehingga mencapai lebih dari 9,000 kes sehari dan Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi, satu-satunya cara untuk mengambil langkah berjaga-jaga ialah dengan mengumumkan penutupan sepenuhnya dan memberikan subsidi gaji untuk semua pekerja di sektor swasta.
“Hampir setahun langkah setengah matang, pusingan U, prosedur operasi standard (SOP) mengelirukan oleh menteri membawa kita ke situasi suram ini,” kata Lo yang juga ketua pegawai eksekutif SBEU dalam satu kenyataan.
Sarawak sebelum ini dilaporkan tidak akan melaksanakan penutupan sekatan pergerakan penuh seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan. Ia akan mula berkuat kuasa tengah malam ini.
Bersetuju untuk melaksanakan PKP 3.0
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu hanya bersetuju untuk melaksanakan PKP 3.0 bermula 29 Mei.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tiada penutupan penuh terhadap sektor ekonomi dan sosial di negeri terbabit.
Sarawak juga sebelum ini turut tidak mengikut langkah kerajaan persekutuan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, sebaliknya kekal dengan PKP pemulihan (PKPP) yang lebih longgar.
Mengulas lanjut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah untuk melakukan sekatan pergerakan penuh kendiri, Lo berkata ia adalah mustahil tanpa jaminan pendapatan untuk pekerja.
“Perniagaan dan pengusaha juga memerlukan bantuan. Dalam hal ini, kami mengusulkan beban dibahagi sama antara kerajaan, majikan dan pekerja,” katanya.
Justeru Lo mencadangkan satu per tiga gaji ditanggung oleh kerajaan – melalui subsidi – dan bahagian sama dikeluarkan pihak majikan, manakala pekerja pula berkorban mengurangkan gaji dengan pecahan sama, tertaklum kepada gaji minimum RM1,200.
Tambah Lo, kerajaan juga harus memastikan keselamatan makanan untuk semua, termasuk individu yang menganggur dan pekerja migran. Mk
MTUC Sarawak mahu ‘total lockdown’, segera vaksinkan pekerja
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.