Lockdown: Operasi kaunter perkhidmatan Tabung Haji ditutup, kecuali urusan kritikal

Sebaran :

Lockdown: Operasi kaunter perkhidmatan Tabung Haji ditutup, kecuali urusan kritikal

Lockdown: Operasi kaunter perkhidmatan Tabung Haji ditutup, kecuali urusan kritikal

SEJAJAR dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kesemua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara.

Menurut kenyataan media agensi itu, penutupan bermula esok (1 Jun) sehingga diberitahu kemudian melainkan urusan janji temu bagi perkara kritikal sahaja.



Antara urusan kritikal adalah seperti pindahan simpanan dan pindahan telegrafik melebihi had harian di saluran dalam talian, pembatalan haji dan tuntutan pusaka & hibah amanah yang mendesak.

Sepanjang tempoh ini, para pendeposit dan orang ramai yang ingin membuat urusan kritikal tersebut di cawangan perlu memohon janji temu dengan melayari laman web www.tabunghaji.gov.my, kata kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN Buka akaun baharu Tabung Haji secara maya


Janji temu yang dilakukan sebelum 31 Mei adalah terbatal secara automatik dan perlu dibuat semula bagi urusan kritikal sahaja dan kehadiran di cawangan tanpa membuat janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad menyarankan para pendeposit untuk melakukan transaksi melalui platform dalam talian yang disediakan menerusi aplikasi THiJARI.

“Pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara masa nyata (real-time) selain boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan melalui e-Mandate FPX,” katanya.

Para Pendeposit juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan Perbankan Internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.

Selain itu juga, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui JomPay di perbankan internet bank masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di talian 03-6207 1919. Utv

  Lockdown: Operasi kaunter perkhidmatan Tabung Haji ditutup, kecuali urusan kritikal


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Urusan di Tabung Haji hanya menerusi janji temu


Sebaran :

Leave a Reply