[VIDEO] “Bosan Ke Atau Bersenam Lenguh…” CCTV Kantoikan Abang Foodpanda Menari Masa Hantar Order..🤣🤣



Sebaran :

 

Bekerja sebagai penghantar makanan bukanlah satu kerja yang mudah. Baru-baru ini pula, gelagat lucu seorang abang Foodpanda semasa menghantar pesanan pelanggan mencuri tumpuan ramai.

Lelaki tersebut dilihat sempat berjoget semasa sedang menghantar pesanan pelanggan di dalam rakaman ini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia menerima hampir satu juta tontonan dalam masa sehari dikongsikan.

Menerusi video yang dikongsikan ini, abang Foodpanda itu berada di hadapan pintu pelanggannya untuk menghantar pesanan. Dia juga dilihat seperti baru saja selesai menghantar pesanan di sebuah bangunan kedai itu.



@itsme.mohdazman

Penampakan Foodpanda hntar order sempat joget🥴☺️🤣 #fyp #tiktoksabahan #fageforyou #viral

♬ bunyi asal – @MohdAzman – @MohdAzman

Namun tidak semena-mena, lelaki itu dilihat berjoget di situ mengikut rentak tarian yang popular dikongsikan di Tik Tok. Dalam masa yang sama, lelaki itu tidak sedar ada CCTV yang merakamkan gelagatnya itu.

Aksi spontannya yang menari itu turut menghiburkan netizen yang menonton. Ada yang berpendapat mungkin lelaki itu menghilangkan bosannya sementara menunggu pelanggan.

Ada juga yang menyangka lelaki itu sedang berlatih untuk memuatnaik content di Tik Tok. Walau apa juga alasan yang cuba diberikan, rata-ratanya akui terhibur dengan aksi lelaki itu.



“Berlatih la tu untuk content.”

“Kantoi haha rumah tak nak bukak apa lagi joget lah…”

“Dia boring agaknya tu orang dalam rumah keluar lambat sangat…”

“Aku pun selalu macam ni. Penat duduk atas motor dengan panas hujan apa…”

Sumber: TikTok @itsme.mohdazman

HCL

Gadis Ini Jatuh Hati Dengan Rider Foodpanda…Puncanya Ini…


Sebaran :


Leave a Reply