Fosil dinosaur 98 juta tahun


Queensland: Spesies baharu dinosaur berusia 98 juta tahun ditemui di sebuah ladang biri-biri di Australia.

Ahli paleontologi begitu ‘teruja’ dengan penemuan berkenaan selepas menggali kawasan prasejarah di pedalaman di barat daya Queensland.

Corey Richards yang juga pengurus operasi Muzium Sejarah Semulajadi Wromanga berkata, kawasan pencarian memiliki banyak fosil haiwan purba itu.

“Kawasan ini terdapat fosil dalam jumlah yang besar dan penggalian sudah dilakukan sehingga 50 meter.



“Perkara yang mengujakan adalah untuk mengetahui spesies dinosaur di kawasan ini.

“Namun kami menjangkakan dinosaur ini adalah dari spesies yang memakan tumbuhan,” katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Beliau berkata, tidak banyak fosil dinosaur yang ditemui di Australia sama seperti yang ditemui minggu lalu.

Katanya, fosil itu adalah sesuatu yang baharu dan berbeza dengan penemuan sebelum ini.



Kawasan kajian itu ditemui selepas anak perempuan pengarah muzium Robyn Mackenzie membela biri-biru di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pencarian dan penggalian juga mengambil masa yang agak panjang.

“Kami akan menggali secara perlahan lapisan demi lapisan menggunakan mesin dan peralatan penggalian,” katanya. HM

Jumpa fosil usia 80 juta tahun di China



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker