Jumpa fosil usia 80 juta tahun di China

Fujian: Sekumpulan ahli paleontologi China berjaya menemui 240 fosil kesan tapak kaki dinosaur di timur negara itu.

Menurut laporan Xinhua News, penemuan itu adalah yang pertama di negeri berkenaan.

Lokasi fosil itu terletak di wilayah Shanghang yang merangkumi kawasan seluas 1,600 meter persegi.

Menurut penyelidik, itu adalah penemuan terbesar di China setakat ini.

Fosil berusia 80 juta tahun itu ditinggalkan dinosaur jenis sauropoda, theropoda dan ornithopoda.

“Jika dilihat pada ukuran kesan tapak kaki itu, dinosaur berkenaan dipercayai memiliki ketinggian antara satu hingga 10 meter,” kata Xing Lida, profesor dari Universiti Geosains China.

Katanya, tapak kaki yang ditemui merangkumi tiga kesan jari yang menonjolkan bekas cakaran yang tajam kaki dinosaur dari spesies sauropoda.

Ini adalah penemuan penting dan bukti kewujudan dinosaur pada zaman kapur awal di China, kata Xing Lida.

Berdasarkan maklumat, sebelum ini, pengkaji ada menemui kesan fosil tapak kaki yang dipercayai ditinggalkan Deinonychosauria, dinosaur jenis burung.

Analisis geologi mendapati fosil itu dalam keadaan baik dan menunjukkan dinosaur pada zaman itu mendapatkan bekalan makanan di tepi tasik.

Fosil Dinosaur Berusia 125 juta Tahun Ditemukan Di China

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker