Fosil Dinosaur Berusia 125 juta Tahun Ditemukan Di China

Ahli arkeologi di China telah berjaya menemukan dua fosil sempurna yang dipercayai berasal daripada rangka spesies dinosaur. Kedua-dua fosil itu dianggarkan berusia 125 juta tahun.

Menurut satu kenyataan media, spesies dinosaur yang dikenali sebagai Changmiania Liaoningensi itu dijumpai di Lujiatun Beds iaitu lapisan tertua di Yixian Formation di Timur Laut China.

Sumber: Fox News

 

Difahamkan, para saintis percaya bahawa dinosaur itu terperangkap dalam letusan gunung berapi ketika sedang berehat di dasar lubang penggalian mereka.

“Haiwan ini telah dilitupi dengan enapan halus ketika masih hidup atau sejurus selepas kematiannya,” kata Ahli Paleontologi, Dr. Pascal Godefroit dari Royal Belgian Institute of Natural Sciences.

Tambah Dr. Pascal, kesan litupan enapan halus itu seakan-akan sama dengan apa yang terjadi di Pompeii.

Sebelum ini, saintis menyimpulkan spesies tersebut hidup di zaman Cretaceous dan ia merupakan sejenis herbivor kecil yang mampu berlari dengan pantas berdasarkan ekor dan kakinya yang mempunyai panjang 1.2 meter.

Walau bagaimanapun, Dr. Pascal mengatakan bahawa ciri rangka yang ditemukan ini menunjukkan Changmiania Liaoningensi boleh menggali sepertimana yang dilakukan arnab pada hari ini.

Sumber : I Am Lejen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker