Lelaki Pakistan ditahan liwat budak lelaki


SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun trauma selepas dicabul dan diliwat oleh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah rumah flat di Perai di sini Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku selepas suspek berusia 20 tahun menghampiri mangsa ketika budak itu sedang bermain seorang diri di sebuah taman permainan.

Murid darjah dua tersebut dikatakan telah didukung oleh suspek yang bekerja sebagai buruh menuju ke dalam rumah sewanya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun terbongkar dua hari kemudian selepas mangsa menceritakan detik hitam yang dialaminya itu kepada bapanya kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan mendapati, mangsa diliwat oleh suspek sebanyak dua kali selain mulutnya dicium secara paksa.

“Menurut mangsa, dia telah menjerit meminta tolong ketika sepanjang kejadian, namun tiada orang yang ada di situ.

“Selepas kejadian itu, suspek menyuruh mangsa pulang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, polis berjaya menahan suspek di rumahnya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi selepas mangsa menunjukkan lokasi berkenaan.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 5 Jun depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. K Online

Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker