Polis siasat video tular wanita mengaku tidak solat


KOTA BHARU – Polis sedang menyiasat kenyataan seorang wanita pengasas produk kecantikan mendakwa tidak menunaikan solat di dalam sebuah videonya yang kini tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, laporan mengenai kes itu dibuat oleh seorang lelaki yang berusia 52 tahun selepas melihat video itu di dalam kumpulan WhatsApp kira-kira pukul 8 malam tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit membuat laporan kira-kira pukul 10.25 pagi tadi bertujuan supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap wanita yang berusia 30-an itu.

“Di dalam video berdurasi 32 saat itu, wanita berkenaan mendakwa dia tidak suka menunaikan solat dan semua orang tidak solat pada tahun ini.

“Tindakan suspek itu dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, sebaik menerima laporan, pihak polis menjalankan siasatan terhadap video wanita itu yang turut mempersendakan tentang solat dan bacaan surah Yasin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. K Online

Pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker