Pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak ditahan

Seorang pengasas produk kecantikan ditahan di ibu negara petang semalam, berhubung dakwaan mencium bibir kanak-kanak lelaki yang tular di media sosial.

Berita Harian melaporkan, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, lelaki itu masih berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

[VIDEO] Panas!!! Tayang Aksi Bercium Mulut Dengan Adik Angkat Lelaki, Founder Dikecam Ramai Netizen

“Kita buka kertas siasatan selepas terima satu laporan daripada orang awam berkaitan isu itu. Lelaki berkenaan ditahan semalam dan polis dalam proses untuk rakam keterangannya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

TMJ Tempelak ‘Founder’ Aksi Founder Cium Mulut Adik Angkat Lelaki

Sebelum ini, tersebar video seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif-FMT

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker