Jeff Bezos rampas kembali status individu terkaya di dunia dari Elon Musk

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon.com Inc, Jeff Bezos merampas semula ‘takhta’ sebagai individu paling kaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk untuk tempoh enam minggu.

CNet melaporkan, Bezos merangkul kembali kedudukan nombor satunya dengan kekayaan bersih AS$191.2 bilion (RM772.12 bilion) atau lebih AS$955 juta (RM3.86 bilion) berbanding Musk apabila saham Tesla Inc merosot 2.4 peratus pada Selasa.

Dengan itu, kekayaan bernilai AS$4.6 bilion (RM18.58 bilion) yang dimiliki CEO pengeluar kereta elektrik itu turut jatuh dalam kedudukan teratas ranking Indeks Billionaires Bloomberg.



Bezos yang sebelum ini memegang gelaran itu selama lebih tiga tahun hingga bulan lalu baru-baru ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO syarikat gergasi e-dagang itu pada suku ketiga untuk memberi tumpuan kepada projek lain.

Dalam pada itu, meskipun kemunculan Musk di media sosial kelihatan berterusan, namun saham Tesla merosot hampir 10 peratus dari paras puncak pada 26 Januari.

Beliau turut menyemarakkan rali GameStop Corp yang didorong oleh Reddit dan menyebabkan saham Etsy Inc, Shopify Inc, CD Projekt SA serta Signal Advance Inc melonjak menerusi ciapannya di Twitter yang mengujakan.

Baru-baru ini, beliau menaikkan harga Bitcoin dan juga Dogecoin, mata wang kripto yang kurang dikenali, juga menerusi ‘tweet’ awal bulan ini.



Elon Musk pintas Bill Gates, jadi individu kedua terkaya dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker