[VIDEO]Al-Fatihah: Jenazah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Selamat Dikebumikan — MYKMU.NET

[VIDEO]Al-Fatihah: Jenazah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Selamat Dikebumikan

Sebaran :

Cuaca mendung dan suasana muram mengiringi pengebumian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini petang ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba pada pukul 6.05 petang menaiki van jenazah turut diiringi tiga kenderaan petugas Jabatan Kesihatan negeri bersama 10 anggota lengkap mengenakan sut PPE.

Laluan masuk ke kawasan perkuburan dengan kawalan ketat polis menyaksikan hanya beberapa ahli keluarga terdekat Allahyarham yang dibenarkan berada di kawasan perkuburan.

Mufti Perak selamat dikebumikan

Manakala lebih 30 petugas media pula hanya dibenarkan berada di kawasan perumahan berdekatan pada jarak 20 meter bagi mematuhi SOP penjarakan fizikal dan jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang.

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Mufti Perak keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 5.55 petang menuju Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh untuk urusan pengkebumian. – K! ONLINE

Allahyarham Tan Sri Harussani meninggal seorang balu, Isteri: Puan Sri Ainon Abdul Ghani dan empat orang anak.
BIODATA ALLAHYARHAM TAN SRI HARUSSANI
Tarikh lahir: 8 April 1939
Tempat lahir: Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak
Isteri: Puan Sri Ainon Abdul Ghani
Anak: 4 orang anak
PENDIDIKAN:
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
1956 – 1959: Madrasah Manabi’Ul Ulum, Penanti
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1960 – 1964: Sijil Tertinggi Pendidikan Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
JAWATAN:
1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1985 – 2021: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
PENERBITAN:
Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
Rukyah dan Hisab (2000)
Ibadah Qurban (1999)

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: