Didakwa hina Agong, pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polis
Didakwa hina Agong, pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polis
Polis sedang mengesan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Kenyataan berkenaan didakwa dibuat menerusi video secara langsung di laman YouTube rasmi miliknya semalam, Mingguan Malaysia melaporkan.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar mengesahkan, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata kes itu dikendalikan oleh Unit Siasataan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
“Individu ini (Iswardy) sedang kita kesan,” tambahnya.
Dalam video bertajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun” itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dan kesat terhadap Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19. FMT
Suara Merdeka
Menu
Log In
Home/Nasional
Nasional
Iswardy Morni cari pasal atau cari nahas?
Photo of HASNURUL MOHAMED HASNURUL MOHAMED Send an email3 hours ago 101 1 minute read
SIAPAKAH Iswardy Morni? Tiba-tiba hari ini mendapat satu rakaman video di WhatsApp. Video itu 28.5.2021 TOTAL LOCK DOWN. Ada lagi sambungan tajuk video tersebut tetapi tidak perlulah ditulis di sini.
Dengan bangga dan tersengih umpama kerang busuk, Iswardy Morni bertalu-talu bertanya soalan kepada ‘Tuanku’. Siap petik baginda Tuanku Sultan Johor lagi berhubung isu lockdown.
Didakwa hina Agong, pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polis
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Zahid sampaikan salam, sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin