Jangan paksa rakyat ke PPV – Khir Toyo



Sebaran :

Jangan paksa rakyat ke PPV – Khir Toyo

Lebih mudah ambil vaksin di klinik, hospital swasta daripada paksa rakyat ke PPV – Khir Toyo

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh menggunakan semua klinik dan hospital kerajaan untuk melakukan suntikan vaksin tanpa perlu meminta rakyat hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang dilakukan sekarang.



Soal bayaran vaksin itu boleh dirundingkan antara pengamal perubatan swasta, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Tetapi, katanya, sebaik-baiknya kerajaan negeri boleh memberi bantuan dengan menanggung kos suntikan tersebut.

Katanya, kaedah begini akan dapat menjimatkan kerajaan.



Malah dengan cara ini rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan suntikan vaksin.

”Mengguna kemudahan dan kepakaran sedia itu lebih mudah dan efektif dari kaedah sekarang,” katanya sambil berkata semua pengamal perubatan swasta di negara ini terdiri dari para doktor yang berkelayakan dan terlatih. MG

Jangan paksa rakyat ke PPV – Khir Toyo


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Makin ramai mengadu hadapi masalah janji temu vaksin MySejahtera


Sebaran :


Leave a Reply