Polis sahkan, Mohd Khairuddin nafi ditahan di SJR, dakwaan jalin hubungan dengan selebriti tidak benar

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau telah ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menafikan dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang wanita berprofil tinggi.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menegaskan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” kata Khairuddin dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

 

Sumber Facebook drtakiri

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan, pihaknya ada memeriksa kenderaan yang dinaiki Mohd Khairuddin ketika melalui SJR Perasing pada tarikh berkenaan.

Bahkan, kata Roslee, kes itu sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan sedang disiasat oleh USJT Bukit Aman. Siasatan penuh juga akan dijalankan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu membabitkan Ahli Parlimen itu,” kata Roslee kepada Astro AWANI.

Nama Mohd Khairuddin menjadi bahan perdebatan di media sosial selepas didakwa menaiki sebuah kenderaan ditemani seorang wanita berprofil tinggi.

Kenderaan tersebut dilaporkan ditahan oleh polis ketika melalui SJR.

Gossip Sensasi: Mawar Karim Ada di KL, “Adoi… Macam-Macam Cerita Keluar, Ayoyo….”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker