Penumpang LRT Positif Covid-19, Kongsi Keputusan Di Twitter..Minta Buat PCR Test Dengan Segera
Kecoh di laman Twitter hari ini apabila seorang penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) berkongsi keputusan ujian saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang mendapati dia positif Covid-19.
Menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai Claudia, dia menggunakan perkhidmatan LRT itu semalam bermula dari stesen LRT Wangsa Maju sehingga ke Pasar Seni.
Dia kemudiannya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bermula dari stesen Pasar Seni ke Semantan.
Menurutnya, dia menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu sekitar pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi dan ketika itu tren sesak dengan orang ramai.
“Assalamualaikum, sesiapa yang menaiki tren dari LRT Wangsa Maju ke LRT Pasar Seni dan MRT Pasar Seni ke MRT Semantan, sila buat PCR ye.
“Tren LRT Wangsa Maju yang saya naiki adalah train coach pintu ketiga, pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi. Result PCR saya positif,” caipnya di Twitter hari ini.
Tambah Claudia, dia tidak mempunyai apa-apa simptom sebelum ini dan telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 21 Mei lalu.
Jelasnya, keadaan dalam tren laluan Gombak ke Putra Heights semalam juga amat padat dan sesak dengan penumpang.
“Dalam LRT semalam pun masih ada yang pakai ‘mask’ bawah hidung, mungkin dia sesak atau lemas sebab tren padat,” ujarnya.
Sehingga pukul 12 tengah hari, ciapannya itu telah diulang ciap lebih 6,000 kali dan rata-rata pengguna Twitter bimbang tentang keselamatan penumpang yang turut berada di dalam tren semasa kejadian.
Pada masa sama, mereka turut kecewa dengan sikap penumpang yang masih bersesak meskipun keadaan dalam tren sudah penuh.-K! ONLINE
You must be logged in to post a comment.