Jangan panik, pasar raya, kedai runcit tak tutup pun
SETIAP kali nak lockdown, setiap kali itu lah pasar raya sesak.
Jika Mac tahun lalu mungkin kurang pengalaman, tetapi yang kali ini seharusnya sudah mematangkan pengguna Malaysia.
Namun berdasarkan tinjauan di media sosial, situasi itu terus dikesan berlaku.
Walhal jika takut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pun, ia hanya dikuat kuasa Selasa.
Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur misalnya berkongsi gambar orang ramai membeli-belah barangan runcit.
“Mohon semua pihak bertenang. Tidak patut ‘Panic Buying’ berlaku kerana bekalan keperluan asas mencukupi.
“Risiko jangkitan COVID-19 adalah tinggi terutama tempat yang sesak begini. Jadilah rakyat yang lebih bertanggungjawab,” kata hantaran itu.
Orang ramai beratur untuk mendapatkan barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi ‘Lockdown’ yang bermula 1 Jun nanti ketika tinjauan UtusanTV di Pasar Raya Mydin USJ, Subang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Baca artikel berkaitan: Bukan pasar Ramadan, tetapi mall paling banyak titik panas COVID-19
Total lockdown selama 14 harı mulai 1 Jun, pakej bantuan menyusul
Di beberapa laman sosial daerah juga berkongsi gambar orang ramai beratur panjang menunggu masuk pasar raya seperti di Jerantut.
Tak kecuali di pasar-pasar basah juga dilaporkan pengunjung lebih ramai seperti biasa.
Dalam perkembangan sama, KPDNHEP Selangor pula membangkitkan perihal roti sebuah jenama yang sentiasa rebutan sepanjang PKP lalu.
“Belilah secara berhemat. Tidak perlu dalam kuantiti luar biasa.
“Ingat sama roti ada tarikh luput. Sama-samalah kita rasa bekalan makanan negara,” ujar hantaran itu.
Sementara itu, KPDNHEP melalui hantaran dalam Facebook, hari ini, memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan adalah mencukupi.
“Bertenang, jangan panik.
“Patuhilah SOP (prosedur operasi standard). Elakkan pembelian panik, bekalan barang keperluan tetap boleh dibeli dan dijamin mencukupi,” kata kementerian itu.
Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi hingga 14 Jun depan untuk Fasa Pertama di seluruh negara.
Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi, kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Utv
Sarawak kekal PKP, tidak lockdown seperti Semenanjung
You must be logged in to post a comment.