Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan
Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan. Exco Kelantan, Izani Husin berkata, seramai 1,078 atau 18% daripada 5,921 pesakit Covid-19 di negeri itu terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan itu berkata, perkembangan itu membimbangkan dengan antara daerah mencatatkan kes banyak ialah Kota Bharu dengan 517 kes, diikuti Pasir Mas (132) serta Tumpat (120).
“Orang ramai diminta mematuhi SOP dan tidak membawa anak ke tempat awam. Kita juga menasihati ibu bapa yang pulang ke rumah selepas berurusan di luar supaya membersihkan diri sebelum menyentuh atau berinteraksi dengan anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan bayi membimbangkan kerana mereka antara golongan berisiko dijangkiti virus itu selepas warga emas.
Dalam pada itu, Izani menerusi Facebook berkata, Kelantan merekodkan 754 kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan 24,723 kes dengan empat kluster baharu.
FMT
Meskipun Selangor ‘juara’ dari segi bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini dengan lebih 1,000 kes sehari, situasi sebenar pandemik tersebut semakin memburuk dan lebih kritikal di Kelantan.
Perkara itu diukur berdasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian negeri ini yang direkodkan paling tinggi di Malaysia, serta melepasi bacaan peringkat nasional selama 14 hari berturut-turut.
Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.