Pemimpin UMNO salahkan Zahid — MYKMU.NET

Pemimpin UMNO salahkan Zahid

Sebaran :

Presiden ‘lemah’ gagal arah ahli dalam jemaah menteri keluar kerajaan PN

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah individu yang perlu dipersalahkan atas kemarahan rakyat terhadap ahli parti itu yang menganggotai jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan seorang lagi pemimpin UMNO yang tidak didedahkan namanya.

Kedua-dua pemimpin terbabit mendakwa, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab terhadap kemarahan rakyat ke atas parti itu ketika ini, kerana tidak mengarahkan ahli parti dalam jemaah menteri untuk meninggalkan kerajaan – yang berdepan kritikan dalam mengendalikan krisis COVID-19 dan ekonomi.



Mohamed Nazri berkata, beliau tidak setuju menteri dari UMNO tidak patut dipersalahkan atas kegagalan kerajan kerana keputusan jemaah menteri dibuat secara kolektif.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

“Jika ada sesiapa yang boleh dipersalahkan, orangnya adalah Zahid. Beliau tidak boleh salahkan rakyat marah dengan menteri UMNO kerana beliau sendiri tidak mengarahkan menteri berkenaan keluar daripada jemaah menteri.

“Kegagalan beliau berbuat demikian menunjukkan kepimpinannya yang lemah dan pengecut,” katanya.


Sebelum ini, Ahmad Zahid cuba mempertahankan UMNO dengan mendakwa parti itu tidak sepatutnya dipersalahkan atau dikaitkan dengan kegagalan kerajaan, kerana ia tidak terbabit dalam keputusan mana-mana dasar negara.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

Ini kerana, ada pihak yang mempertikaikan UMNO sepatutnya dipersalahkan dalam situasi pandemik semakin buruk, program vaksinasi yang perlahan selain sekatan yang tidak dirancang dengan sempurna.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin tertinggi UMNO mendakwa, beliau risau kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan memberi kesan kepada parti.

“Zahid mesti berani dan arahkan mereka berhenti (daripada kerajaan). Mungkin beliau takut menteri-menteri UMNO tidak akan dengar cakapnya, dan ini akan lebih menunjukkan kelemahan beliau.

“Namun, UMNO yang akan menanggung akibat kelemahan kepimpinannya. Jika rakyat marah dengan kerajaan, kita akan turut terkait,” katanya.

 

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Pemimpin UMNO salahkan Zahid


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: